Branded
Jangan Amalkan DIY! Ini 5 Perkara Penting Korang Kena Tahu Bila Guna Tong Gas Di Rumah
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
“Pasang je lah, tong gas baru dapat kan, bukan ada apa-apa pun. Confirm selamat punya”
Tipulah kalau korang kata korang tak terfikir macam ni kadang-kadang. Mana taknya, kita pula beli daripada pengedar sah, mestilah kita rasa yakin. Tapi, korang betul-betul yakin ke selamat?
Haa, kalau korang nak tahu, ini 5 perkara penting yang korang kena ambil tahu bila guna tong gas di rumah.
Periksa Injap & Penutup Terlebih Dahulu
Biasanya, bila kita dah dapat tong gas baru ni, memang terus akan pasang je betul tak? Tak terfikir apa sangat pun sebab tukar daripada pihak yang betul.
Tapi kadang-kadang bila dah tukar, regulator akan jadi longgar atau ada bunyi hissing sikit. Jadi ramai orang ambil tindakan ‘kreatif’ sendiri dengan meletak pita pelekat, selit kertas atau cuba cungkil dan tukar getah pengedap (O-ring) di dalam injap tong gas itu sendiri.
Tahu tak, perkara ini sebenarnya bahaya! Korang dilarang sama sekali menukar atau membaiki getah pengedap di dalam injap tong gas secara DIY.
Jika ada masalah longgar atau kebocoran pada injap tong gas baharu, jangan gunakannya dan terus hubungi pengedar sah untuk mendapatkan pertukaran tong yang baharu.
Gas yang meresap keluar perlahan-lahan tanpa bunyi amat bahaya, terutama pada waktu malam bila pintu dan tingkap rumah ditutup.
@gasflow.hq Customer selalu tanya pasal safety cap dekat tong gas macam mana nak bukak dan pasang🤭 #TongGasKajang #GasMira #Kajang #fyp #viral ♬ original sound – Abang Gas🚚💨 – Abang Gas🚚🔥
Jadi, untuk memastikan keselamatan isi rumah, korang wajib periksa injap dan penutup pada tong gas baru diterima.
Bukan itu saja, korang juga kena pastikan hos dan regulator yang korang guna diluluskan oleh SIRIM serta mematuhi piawaian yang diiktiraf seperti BS 3212, MS 773 atau MS 2086:2008 tau.
Sebagai contoh, tong gas MiraGas dilengkapi dengan pengedap injap berwarna putih yang menunjukkan ia baru diisi dan belum diusik, serta penutup keselamatan berwarna biru sebagai salah satu ciri keselamatan MiraGas.

Kendalikan Tong Gas Di Tempat Yang Sesuai
Siapa dekat sini pernah condongkan tong gas untuk berjimat atau simpan tong gas dalam kabinet sebab nak kekalkan estetika dan kekemasan rumah?
Kalau korang belum tahu, tong gas yang dicondongkan atau dibaringkan boleh menyebabkan LPG dalam bentuk cecair memasuki sistem yang tidak direka untuk menerimanya, contohnya hos dan kepala gas (regulator). Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kerosakan peralatan dan kebakaran.
Gas LPG juga lebih berat daripada udara. Jika berlaku kebocoran dalam kabinet tertutup, gas boleh terkumpul dan meningkatkan risiko kebakaran atau letupan sekiranya terdapat sumber perpecahan.
Jadi, apa yang korang kena buat adalah pastikan tong gas sentiasa berada dalam keadaan menegak dan diletakkan di kawasan yang mempunyai pengudaraan baik.
Elakkan daripada membaringkan atau mencondongkan tong gas, serta menyimpannya dalam kabinet tertutup kerana tindakan ini boleh membahayakan keselamatan isi rumah.

Jangan ‘DIY’ Sendiri Kalau Ada Yang Tak Kena
Biasalah, kita ni kalau boleh berjimat, kita akan cuba ‘DIY’ sendiri bila ada sesuatu kerosakan atau kebocoran berlaku pada tong gas betul tak? Jujur cakap, perkara ini sangatlah berbahaya tau.
@miragas_malaysia Siapa tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebocoran gas? Ini 3 perkara penting yang perlu anda buat untuk memastikan keselamatan diri dan orang sekeliling. Ingat, sentiasa utamakan keselamatan! Stay safe with MiraGas💛 #MiraGas #SafetyTips #NGCenergy ♬ Mood On – Vin Music
Kalau terhidu bau gas atau mengesyaki berlaku kebocoran, jangan nyalakan api, gunakan suis elektrik atau cabut palam soket.
Jika selamat, tutup bekalan gas tanpa mencabut regulator dan buka pintu serta tingkap untuk pengudaraan. Segera jauhkan diri daripada kawasan tersebut dan hubungi pengedar gas atau pihak yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan.
Jika berlaku kebocoran serius atau kebakaran, segera beredar ke tempat yang selamat dan hubungi 999 atau 112 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
Maklumkan kepada pihak bomba bahawa kejadian melibatkan tong gas LPG. Jangan cuba memadamkan kebakaran atau mengendalikan tong gas yang terbakar sendiri. Serahkan tindakan lanjut kepada pihak bomba atau petugas berkelakayan.
Pulangkan Tong Gas Yang Dah Habis
Bila gas dah habis, pastikan korang pulangkan tong gas tersebut kepada pengedar yang sah tau. Jangan sesekali buang, tebuk, bakar atau ubahsuai untuk kegunaan lain.
Tong gas MiraGas yang dipulangkan melalui pengedar sah akan melalui proses pengendalian dan pemeriksaan yang sewajarnya mengikut keperluan NGC Energy.

Dapatkan Tong Gas Daripada Pengedar Yang Sah
Haa, sekarang korang dah tahu kan betapa pentingnya mengendalikan tong gas dengan cara yang betul?
Ingat, keselamatan bermula dengan langkah yang mudah. Periksa injap dan penutup tong gas, pastikan tong gas diletakkan di tempat yang sesuai, jangan sesekali cuba membaiki sendiri jika ada kerosakan atau kebocoran dan pulangkan tong gas yang dah habis kepada pengedar sah.
Jangan lupa juga untuk menggunakan hos dan regulator yang mendapat kelulusan SIRIM serta memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Nampak macam perkara kecil, tapi amalan ini penting untuk membantu memastikan keselamatan korang dan keluarga ketika menggunakan LPG di rumah.
Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna, NGC Energy turut menyediakan buku panduan dan risalah keselamatan MiraGas yang mengandungi tips mudah mengenai pengendalian, penyimpanan dan penggunaan tong gas dengan selamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan, produk dan usaha keselamatan daripada NGC Energy, layari laman web rasmi di www.ngcenergy.com.my.
