Connect with us

Oh! Media

Operasi Bas Dihentikan Selepas Kejadian Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik

Ohmedia anthony loke menteripengangkutan renajatan elektrik bas

Oh! Negara

Operasi Bas Dihentikan Selepas Kejadian Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik

Susulan insiden tragis seorang remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon dalam bas ekspres di Pulau Pinang, Kementerian Pengangkutan mengambil langkah pantas dengan menggantung operasi bas terlibat serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam pada itu turut mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat kejadian ini sepenuhnya.

Pasukan khas ditubuhkan untuk siasatan…

Anthony Loke memaklumkan bahawa pasukan khas ini terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Pasukan ini ditugaskan untuk menyiasat punca renjatan elektrik yang berlaku, demi memastikan keselamatan penumpang dan mencegah kejadian serupa di masa akan datang.

IKLAN

Saya telah mengarahkan APAD untuk menggantung operasi bas terbabit serta-merta untuk siasatan lanjut oleh pihak JPJ.- Katanya dalam kenyataan di Facebook.

BACA: Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Mengecas Telefon Bimbit Dalam Sebuah Bas Ekspres

Kronologi kejadian remaja maut ketika mengecas telefon…

Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth, melibatkan Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18 tahun, yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Malangnya, ketika mengecas telefon, dia terkena renjatan elektrik yang menyebabkan lecur pada tangan kirinya. Polis dimaklumkan oleh pemandu bas selepas penumpang lain menyedari insiden tragis itu.

Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berjanji untuk meningkatkan langkah keselamatan agar perkara ini tidak berulang.

#OhmediaNasihat

Keselamatan penumpang harus sentiasa diutamakan, terutama dalam perkhidmatan awam. Sentiasa berwaspada dan periksa peralatan yang ingin digunakan agar ia selamat.

Ohmedia anthony loke menteripengangkutan renajatan elektrik bas

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas