Trending
Mimi Lana Dedah Sikap Amir Ahnaf Di Luar Kamera Selepas Timbul Kontroversi
Mimi Lana tampil memberi kata-kata semangat kepada Amir Ahnaf yang dikecam netizen selepas komen kontroversi mengenai seorang wanita tular.
Intipati berita
- Mimi Lana tampil memberi kata-kata semangat kepada Amir Ahnaf yang berdepan kecaman netizen.
- Mimi menyifatkan Amir sebagai individu berbudi pekerti baik, menghormati orang sekeliling dan bertanggungjawab terhadap kerja.
- Mimi berkongsi pesanan suaminya bahawa kesilapan adalah ruang untuk belajar, sambil berharap Amir tidak patah semangat.
- Nama Amir menjadi bualan selepas komen ‘jump jacks now’ pada foto seorang wanita berpakaian seksi tular. Mimi kemudian memadam hantaran sokongannya selepas beberapa jam.
Pelakon, Mimi Lana tampil memberikan kata-kata semangat kepada Amir Ahnaf yang berdepan kecaman bertalu-talu daripada netizen sejak kebelakangan ini.
Menerusi hantaran di Threads, Mimi menyifatkan Amir sebagai seorang individu yang mempunyai budi pekerti baik, menghormati orang sekeliling dan bertanggungjawab terhadap kerjanya.
Mimi Lana dedah sikap Amir Ahnaf di luar kamera

Menurut Mimi, dia melihat Amir sebagai seorang yang baik di luar kamera. Namun, dia turut berpendapat bahawa figura awam perlu sentiasa berhati-hati kerana setiap tindakan mereka menjadi perhatian orang ramai.
Amir Ahnaf ini baik budi pekertinya di luar. Sangat menghormati orang sekeliling. Bertanggungjawab dengan kerja dia. Tapi setiap kali ada projek dia nak keluar, mesti ada benda yang tak elok diperkatakan.
Jadi figura umum ini memang kena selalu berhati-hati, tanggungjawabnya besar. Sebab orang memerhatikan kita dan kadang-kadang jadikan kita contoh.
Setiap kesilapan jadi pengajaran

Dalam perkongsian sama, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu turut berkongsi pesanan suaminya yang mengingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Justeru, Mimi berharap Amir tidak patah semangat dan menjadikan pengalaman yang dilalui sebagai ruang untuk belajar serta memperbaiki diri.
Suami saya selalu pesan dengan saya. Tapi kita ini manusia kan, kalau tak buat salah macam mana nak belajar kan? You can do this Amir! Jangan baga ok.
Bagaimanapun, Mimi kemudian bertindak memadam hantaran tersebut selepas beberapa jam dimuat naik.
