Branded
5 Perkara Penting Korang Wajib Tahu Sebelum Pergi Ke LahLahLand 2026
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Kalau korang peminat tegar dunia fesyen, penggemar makanan, pengumpul barang koleksi dan pencinta budaya, korang wajib sertai acara LahLahLand 2026 sebab ada banyak aktiviti menanti!
Tapi, sebelum kami kongsi lebih lanjut antara sorotan menarik, pastikan korang clear kalendar pada 10 dan 11 Oktober 2026, jam 10 pagi sampai 10 malam di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) tau.

Untuk kemasukan, bagi tiket Kemasukan Umum, korang hanya perlu sediakan RM30, manakala untuk tiket VIP pula pada harga RM100. Psst, jujur cakap sangat berbaloi!
Haa, mesti korang tertanya-tanya apa yang best di acara LahLahLand 2026 ni kan? Meh sini meh kami kongsi.
Ais Kacang Jadi Pilihan, ASICS SportStyle Bersama SneakerLAH Lancar Koleksi Baru
Khas untuk korang yang memang peminat tegar sneakers, salah satu sorotan menarik menanti adalah pelancaran besar koleksi baru SneakerLAH x ASIC SportStyle.
Kalau sebelum ini, SneakerLAH bersama ASICS dah keluarkan koleksi berilhamkan Nasi Lemak, KLCC, Teh Tarik dan Mamee, untuk kolaborasi ke-5 ini, mereka mengambil ilham daripada Ais Kacang. Seriuslah?!


Fuhh, korang tengoklah sendiri, ASICS GEL-KAYANO 20 ni memang cantik sangat, jelas menggambarkan warna-warni pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia. Rasa tak sabar pula nak tengok depan mata nanti!
Tahu tak, menerusi pelancaran ini sebenarnya mereka meneruskan tradisi SneakerLAH dan ASICS dalam meraikan ikon-ikon Malaysia yang cukup sinonim dengan budaya tempatan menerusi rekaan sneakers tau.
Hadir Dengan Koleksi Edisi Terhad, Grab Berkolaborasi Bersama Aegis
Kalau korang mengikut rapat perkembangan fesyen streetwear tempatan, mesti korang tahu Aegis kan?
Jenama tempatan yang sedang meningkat naik ini mempunyai pelbagai koleksi daripada beg tangan, baju, seluar dan aksesori yang mempamerkan imej berani dan keyakinan.
Paling best, sempena acara LahLahLand 2026 ni, Grab juga ada kolaborasi istimewa bersama Aegis di mana mereka akan melancarkan merch eksklusif edisi terhad pada 10 Oktober nanti tau.
Jadi, untuk korang yang memang meminati konsep streetwear Aegis, jangan lupa stay tuned dan datang lebih awal sebab barangan edisi terhad ini mungkin tak akan ada di pasaran untuk tempoh yang lama.
Nikmati Diskaun 45% Daripada Gerai Makan Popular Di MakanLAH

Tak lengkap sesebuah acara ni kalau tak ada vendor-vendor makanan dan minuman yang sedap-sedap betul tak?
Haa, untuk tahun 2026 ni, bahagian MakanLAH menempatkan lebih banyak gerai makanan, memberikan korang lebih banyak pilihan untuk diterokai tau.
Paling penting, seluruh bahagian ini dikuasakan oleh Grab Dine Out, dan korang boleh menikmati diskaun sehingga 45% daripada jumlah bil di gerai makanan seperti Banglo 289, La Pane, HWC Coffee, Mad Bebek, Rawtee, Lotteria, AllAce, Lim Fried Chicken, myBurgerLab, WhiteButter.KL dan banyak lagi lah!
Nak penjimatan tambahan? Tebus baucar RM10 dengan hanya 10 GrabCoins di gerai makanan Dine Out dan kedai PayLater terpilih.
Grab juga akan berkolaborasi dengan Banglo289 untuk sebuah kafe pop-up yang menampilkan menu pencuci mulut Kelantan eksklusif untuk meraikan asal-usul Aegis. Wah, tak sabarnya!
Kalau korang nak rasai sendiri pencuci mulut ini, klik DI SINI untuk menempah tempat duduk di Kafe Pop-Up Grab | Aegis | Banglo 289. Korang boleh dapatkan pencuci mulut secara percuma serta ada barangan eksklusif tau.
Slot Masa untuk Tempah Meja:
10 Oktober 2026: 3 petang dan 6 petang
11 Oktober 2026: 11 pagi, 3 petang dan 6 petang
Diskaun Penjimatan & Berbelanja Dengan Bijak Dengan PayLater by Grab
Fuhh, tak dapat bayangkan betapa meriahnya acara LahLahLand 2026 ni! Mana taknya, bila semua benda ada dalam satu tempat, memang rambang mata lah jadinya.
Bila jadi macam ni, kami yakin mesti korang pun akan jadi lebih memilih untuk berbelanja betul tak? Tapi, sayanglah kalau tak berbelanja banyak sebab macam-macam ada dekat sini.
Tak apa, jangan risau, kami ada solusi terbaik untuk korang!
Kalau korang ada pelan nak beli kasut SneakerLAH x ASICS, merch Aegis x Grab atau pek dan kad Pokémon di CardsLAH, tahu tak korang boleh guna PayLater by Grab? Paling best, korang dapat diskaun lagi!
Sebagai Rakan Pembayaran Rasmi acara ini, GrabPay bagi kelonggaran kepada korang yang layak untuk membahagikan bayaran pembelian sehingga 12 kali ansuran menerusi PayLater by Grab.

Selain pelan bayaran sehingga 12 ansuran, korang juga berpeluang menikmati sehingga 2 kali GrabCoins. Haa, GrabCoins ni boleh bantu korang beri lagi penjimatan tau.

Lagi masyuk, korang juga dapat diskaun seperti:
RM10 diskaun untuk pengguna baharu dengan kod NEWPAYLATER10
RM10 diskaun untuk pengguna sedia ada dengan kod PAYLATER10 dan
RM20 diskaun untuk pengguna sedia ada dengan kod PAYLATERVIP20, di kedai terpilih.


Fuhh, berbaloikan? Jadi, kalau korang belum ada lagi PayLater by Grab, jangan lupa aktifkan melalui aplikasi Grab apabila korang membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR.
*kelayakan tertakluk pada terma dan syarat
Dapat Jumpa Haru Akasaka Di CardsLAH
Mana geng-geng yang suka kumpul kad dekat sini? Buat pertama kalinya, CardsLAH diperkenalkan dalam acara LahLahLand 2026.
Untuk pengetahuan, CardsLAH ni menjadi medium untuk menghimpunkan komuniti permainan kad dagangan yang semakin berkembang menerusi pertemuan vendor TCG, pengumpul dan peminat tau.

Paling best, segmen ini juga turut menampilkan karya serta penampilan istimewa Haru Akasaka, ilustrator rasmi bagi salah satu IP terbesar dunia.
Sekadar info, GrabPay ialah Rakan Pembayaran Rasmi untuk CardsLAH Card Party, manakala TCGKL tampil sebagai Rakan Komuniti. Jadi, korang juga boleh menggunakan PayLater by Grab untuk pembelian yang layak sepanjang acara.
Bukan Acara Biasa, LahLahLand 2026 Himpunkan Pelbagai Komuniti Dalam Satu Ruang Sama
Daripada sneakers dan barangan eksklusif hinggalah makanan serta koleksi menarik, LahLahLand 2026 menghimpunkan pelbagai komuniti untuk menikmati dua hari yang padat dengan budaya, kreativiti dan penemuan baharu.
Semua tawaran tertakluk pada kelayakan, ketersediaan serta terma dan syarat yang berkaitan tau.
Tunggu apa lagi? Ajak kawan-kawan dan keluarga sertai acara LahLahLand 2026 pada 10 dan 11 Oktober di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), jam 10 pagi hingga 10 malam.
Dapatkan tiket sekarang dengan klik DI SINI. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi LahLahLand atau ikuti media sosial LahLahLand di Instagram.
