Connect with us

Oh! Media

HPTN 2026 Kembali, Kali Ini Sarawak Jadi Tuan Rumah Ketengahkan Profesion Teknikal

Branded

HPTN 2026 Kembali, Kali Ini Sarawak Jadi Tuan Rumah Ketengahkan Profesion Teknikal

Artikel Tajaan · Apa maksudnya?

Bila sebut tentang pekerjaan teknikal, mungkin ramai terus terbayang kerja-kerja pembinaan, kejuruteraan atau mereka yang bekerja di tapak projek.

Sebenarnya, peranan profesion teknikal jauh lebih luas dan semakin penting dalam membentuk pembangunan serta masa depan negara.

Sebab itu, Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 kembali sebagai platform untuk mengiktiraf dan mengangkat profesion teknikal.

HPTN 2026 Kembali Dengan Edisi Ketiga

HPTN 2026 merupakan edisi ketiga sambutan Hari Profesion Teknikal Negara, namun tahun ini sambutannya buat pertama kali diperluaskan ke Sarawak sebagai tuan rumah.

Mengangkat tema “Profesion Teknikal Pemacu Kelestarian”, HPTN 2026 memberi tumpuan kepada bagaimana kepakaran teknikal boleh terus memainkan peranan dalam membangunkan Malaysia.

AI Dan Teknologi Turut Ubah Dunia Profesion Teknikal

jkr

Perkembangan teknologi hari ini turut membuka ruang baharu kepada bidang teknikal.

Menerusi HPTN 2026, penggunaan AI, teknologi, kreativiti dan inovasi diketengahkan sebagai peluang untuk meningkatkan keupayaan teknikal, produktiviti serta daya saing negara.

Ini menunjukkan profesion teknikal bukan sekadar bergantung kepada kemahiran konvensional, sebaliknya turut berkembang seiring perubahan teknologi.

Buka Mata Generasi Muda Tentang Kerjaya Teknikal

jkr

Selain mengetengahkan peranan profesion teknikal kepada masyarakat, HPTN 2026 turut memberi perhatian kepada generasi muda.

Pelbagai aktiviti interaktif, pameran serta peluang berkaitan kerjaya akan membuka ruang kepada golongan muda untuk mengenali dengan lebih dekat dunia profesion teknikal.

HPTN 2026 boleh menjadi peluang untuk mereka melihat sendiri bagaimana kemahiran dalam bidang teknikal, teknologi dan inovasi boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Himpunkan Agensi Kerajaan, IPT, Rakan Industri

jkr

HPTN 2026 turut menghimpunkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan rakan industri.

Antara pengisian yang diketengahkan termasuk persidangan, seminar teknikal, sesi perkongsian ilmu, pameran kerjaya dan aktiviti interaktif.

Gabungan ini bukan sahaja memberi peluang untuk berkongsi kepakaran, tetapi turut menggalakkan kerjasama serta pertukaran idea antara pelbagai sektor.

Profesion Teknikal Pemacu Masa Depan Negara

jkr

Dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi dan inovasi, profesion teknikal memainkan peranan penting dalam membantu Malaysia menghadapi cabaran serta keperluan masa hadapan.

HPTN 2026 hadir untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan tersebut, di samping menunjukkan bagaimana kepakaran teknikal, AI, kreativiti dan inovasi boleh membantu meningkatkan produktiviti serta daya saing negara.

Pada masa sama, sambutan ini menjadi satu platform untuk generasi muda mengenali bidang teknikal dengan lebih dekat dan mempertimbangkannya sebagai salah satu laluan kerjaya.

Jom beramai-ramai ke HPTN 2026 di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak (BCKK) pada 1 dan 2 Disember 2026.

Untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci, lawati laman hptn.jkr.gov.my. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas