Connect with us

Oh! Media

Intermittent fasting

Oh! Lifestyle

Apa Itu ‘Intermittent Fasting’?, Inilah Cara Diet Untuk Menguruskan Badan Anda

Bagi mereka yang sering mengamalkan diet seimbang, sudah semestinya tahu juga mengenai intermittent fasting ini.

Intermittent fasting adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa.

IKLAN

Walaupun kaedah ni amat berkesan untuk menurunkan berat badan, ia juga bukanlah satu diet yang boleh diikuti oleh semua orang.

Intermittent Fasting

Kaedah diet agak sukar pada permulaan tetapi apabila badan telah menyesuaikan diri, korang akan kurang rasa lapar dan lebih mudah mengawal nafsu makan.

Malah, terdapat beberapa jenis dan cara dalam mengamalkan intermittent fasting ini. Pemilihan ini perlu dibuat mengikut kemampuan badan korang tau!

Antara jenis-jenis intermittent fasting ialah:

Cara Diet Intermittent Fasting 1: Overnight Fasting

Sebenarnya cara diet yang pertama ini mirip dengan kaedah yang selalu kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan iaitu korang perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

Cara Overnight Fasting adalah paling sesuai bagi mereka yang mula mahu berjinak-jinak dengan IF. Kaedah berpuasa ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.

Intermittent Fasting

Cara Diet Intermittent Fasting 2: Alternate Day Fasting

Cara yang kedua ini membenarkan korang untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini korang boleh makan, manakala pada hari esok sudah mula berpuasa.

Tambahan, ia kemudiannya diselang-selikan pada hari-hari yang berikutnya. Pada hari korang perlu berpuasa, korang hanya dibolehkan mengambil 500 hingga 600 kalori sahaja. 

Cara Diet Intermittent Fasting 3: 5:2 Fasting

5:2 Fasting adalah nisbah yang korang perlu ikuti ketika berpuasa. Contohnya, hari makan korang adalah lima hari, manakala hari berpuasa pula ialah dua hari dalam seminggu.

Jadi pada hari korang berpuasa, korang boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari. 

Intermittent Fasting

Cara Diet Intermittent Fasting 4: Skipping Meals Fasting

Bagi cara skipping meals fasting ia bermaksud perlu berpuasa melangkau waktu makan korang. Contohnya, jika sebelum ini korang mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka korang akan skip beberapa waktu makan tersebut

Dalam pada itu, Ini menjadikan kekerapan korang untuk makan dalam sehari semakin berkurangan. 

Cara Diet Intermittent Fasting 5: Whole Day Fasting

Cara ini mungkin agak sukar dan tidak digalakkan bagi korang yang baru pertama kali mencuba diet ini.

Whole Day Fasting bermaksud korang perlu berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika korang berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna korang hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di facebook dan Telegram Oh! Media.


  • Intermittent fasting
  • Intermittent fasting

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas