Connect with us

Oh! Media

Oh! Lifestyle

1 Daripada 5 Kanak-Kanak Malaysia Bantut, Ibu Bapa KENA Lebih Peka & Bertanggungjawab!

Pernah tak korang terfikir, kenapa orang Korea dan China tinggi? Tak seperti orang Malaysia? Malah kebelakangan ini, kita boleh lihat bahawa banyak anak kecil dan remaja yang mengalami masalah pembantutan. 

Tapi, korang rasa apa punca masalah ini semakin menular? Adakah disebabkan kurang pemantauan dari ibu bapa atau amalan gaya hidup yang tidak sihat? Haa, kalau nak tahu, kena follow kami sampai habis! 

IKLAN

Pengerusi IMFeD  For Growth Gesa Ibu Bapa Utamakan Tiga Asas Tumbesaran Anak Yang Tepat

Baru-baru ini, telah berlangsung perasmian Bulan Pemerhatian Tumbesaran (Growth Watch Month) bersama dengan IMFeD Growth yang telah dirasmikan oleh pakar penjagaan kesihatan ibu bapa dan kanak-kanak seperti Professor Dr Lee Way Seah, Dr Selva Kumar Sivapunniam, ahli IMFeD For Growth dan barisan panel yang lain. 

Acara ini bertujuan bagi mengumpul usaha sama inisiatif daripada pakar penjagaan kesihatan ibu bapa untuk mengatasi masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Ini untuk memastikan bahawa mereka dapat mencapai kadar pertumbuhan optimum untuk masa depan lebih cerah.

Menurut Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi Program IMFeD For Growth. Tiga asas utama dalam memastikan anak-anak membesar dengan baik adalah  membuat persediaan makanan yang baik, nutrisi yang optimal dan pemantauan dalam proses pertumbuhan. Walaupun ia nampak mudah. Tetapi jika diabaikan,  ia akan  meningkatkan lagi risiko anak-anak untuk terbantut!

Tambah lagi, pada usia 5 tahun, kanak-kanak sepatutnya mencapai 60% daripada ketinggian dewasa mereka. Malangnya, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, 21.2% atau 1 dalam 5 kanak-kanak mengalami masalah bantut.

NHMS 2022 juga melaporkan bahawa 6.8% daripada remaja kita mengalami masalah bantut. Individu-individu ini tidak mencapai puncak pertumbuhan yang sepatutnya, iaitu 15 ke 20% hampir dengan potensi ketinggian dewasa mereka.

Bukan Masalah Yang Boleh Dibuat Sambil Lewa

Kredit gambar: Bernama

Kalau korang nak tahu, masalah bantut bukan sahaja meningkat dalam lingkungan kanak-kanak. Tetapi golongan remaja juga akan mengalami gejala seperti sukar mendapat pekerjaan/pendapatan yang baik, cenderung menjadi obes dan berpenyakit serta berisiko untuk melahirkan anak terbantut (genetik yang sama).

Profesor Lee juga menekankan bahawa kita perlu mengatasi masalah pembantutan ini dari awal. Masalah ini sentiasa bermula dengan pertumbuhan yang terbantut, apabila kanak-kanak tidak menerima pemakanan yang mencukupi sehingga memperlahankan kadar pertumbuhan mereka. 

“Tanpa tenaga, protein, lemak dan mikro nutrien yang mencukupi, termasuk kalsium, vitamin D dan sebagainya, pembentukan tulang dan otot mereka tidak dapat berlaku pada kadar yang sihat.” ujarnya.

Kenali Tanda-Tanda Masalah Bantut

Kredit gambar: Harian Metro

Ibu bapa sering merasa risau dan takut sekiranya anak-anak mereka mengalami masalah pembantutan atau tidak. Tapi, perkara pertama yang ibu bapa perlu lakukan adalah peka dengan tanda-tanda masalah bantut. Antaranya,

– Ketinggian yang tidak meningkat saban tahun

– Indeks jisim badan (BMI) di bawah paras normal

– Bentuk badan lebih kecil berbanding rakan sebaya

– Nampak lebih muda berbanding usia sebenar

Kebanyakan ibu bapa mesti akan konfius sama ada anak-anak mereka dilahirkan pendek atau mengalami masalah bantut. Tapi, korang tahu tak? Apabila seseorang itu mengalami masalah bantut pada zaman kanak-kanak dan remaja, maka ia akan berterusan sehingga ke usia dewasa bahkan kekal seumur hidup mereka. Kesiannya!

Cegah Sekarang Sebelum Terlambat!

Kredit gambar: theasianparentMalaysia

Masalah pembantutan ini dapat dihindari sekiranya korang bertindak awal dan lakukan sesuatu untuk memastikan anak-anak tidak terbantut. Menurut Profesor Lee, beliau menyarankan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka yang berumur 1 hingga 17 tahun untuk mendapatkan pemeriksaan tumbesaran daripada pengamal kesihatan yang telah dilatih untuk menjalani menggunakan pendekatan M-I-M.

Apa itu M-I-M?

M (Measure) merujuk kepada ‘Mengukur’.Kanak-kanak akan melakukan pengukuran berat dan ketinggian yang diplot pada carta pertumbuhan World Health Organization (WHO) untuk memastikan sama ada tumbesaran kanak-kanak dalam justifikasi normal, berisiko atau terbantut.

I (Identify) merujuk kepada mengidentifikasi dari mana masalah ini boleh terjadi. Adakah dari masalah pemakanan, genetik, kemahiran keibubapaan yang lemah atau gabungan beberapa faktor tersebut.

M (Manage) merujuk kepada mengurus. Melalui pendekatan ini, pengamal-pengamal kesihatan akan bersedia untuk melakukan penjagaan pemakanan yang mencukupi dan bersesuaian, peningkatan kemahiran keibubapaan dan penggalakan tabiat gaya hidup sihat.

Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) Perkenal Kempen Tahunan IMFeD For Growth

Dalam pada itu, Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) juga telah memperkenalkan kempen tahunan IMFeD For Growth sejak tahun 2012 yang bertujuan untuk membuka mata dan minda serta memicu gelombang kesedaran ibu bapa terhadap tumbesaran anak masing-masing.

“Kempen ini akan memberikan ibu bapa informasi tentang tumbesaran anak melalui konten media dan temu bual. Di samping itu, Ibu bapa dan penjaga juga akan dapat mengikuti empat siri Forum Ibu Bapa yang disiarkan secara langsung melalui Zoom, Facebook @Malaysian Paediatric Association dan YouTube @Malaysian Paediatric Association,” kata Dr Selva Kumar Sivapunniam, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA).

Apa yang buatkan min lebih tertarik, terdapat juga kempen Saringan Tahunan IMFeD For Growth yang bakal berlangsung bermula bulan Ogos hingga November di semua klinik yang telah disenaraikan. So kalau korang berminat, korang boleh check out klinik mana yang berhampiran dengan kediaman korang di https://clinics.imfed.my/ dan datang bersama anak-anak. Okay?!

Tumbesaran anak wajib jadi keutamaan ibu bapa!

Selain tetap sedia memerhati tumbesaran anak dari hari, minggu, bulan dan tahun, para ibu bapa juga harus memberi perhatian yang khusus terhadap pemakanan serta nutrisi si kecil anda.

Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik mengulas lebih lanjut. Ujarnya, dengan berpandukan kepada saranan suku suku separuh yang menggantikan panduan piramid makanan, model baharu ini wajar dijadikan pedoman dalam usaha mengelakkan isu anak malnutrisi.

Masalah ini juga dapat diatasi sekiranya peranan bapa dapat dimainkan dengan sebaik mungkin. “Si ayah boleh membawa anak-anak untuk beriadah di luar, melakukan senaman, didik anak untuk tidur awal dan memastikan anak makan makanan bernutrisi”. Kata Prof Dr Firdaus Mukhtar, Pakar Psikologi Klinikal.

Meskipun ramai yang akan mengaitkan tanda anak bantut dengan faktor keturunan atau keadaan kesihatan, tetapi ia juga adalah satu perkara yang betul. Menurut Cik Rozanna M Rosly, Pakar Pemakanan Klinikal, apabila diajukan soalan seperti “awak dan suami makan sayur dan buah-buahan?” Kebanyakan ibu bapa akan menjawab “tidak” ketika melakukan  konsultasi bersama ibu bapa dan anak mereka. 

Jelasnya lagi, ibu bapa harus mendidik diri mereka dengan amalan makan sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum menyuruh anak-anak mereka untuk makan makanan tersebut dengan tips yang sentiasa ditekankan ketika majlis tersebut iaitu #sukusukuseparuh.

Jangan risau, korang masih belum terlambat. Segera periksa anak-anak korang sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda masalah bantut dan bertemu dengan pakar pediatrik untuk informasi. Untuk maklumat lanjut, layari https://imfed.my/.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Hello Semua! Saya penulis editorial separuh masa bagi bahagian pemasaran. Semoga penulisan saya bermanfaat buat semua rakyat Malaysia! Terima kasih kerana sentiasa menyokong Oh!Media...

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas