Sebelum ini timbul pelbagai dakwaan dan persoalan sebaik sahaja pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dihalang dari berceramah di Selangor.
Pihak JAIS juga sudahpun tampil menjelaskan penceramah jemputan di surau mahupun masjid di sekitar Selangor perlu mempunyai tauliah memberikan kuliah dan UAI tidak mempunyai tauliah itu.
Ada juga dakwa UAI tidak memohon tauliah dan ini penjelasan ustaz…
Ustaz Azhar Idrus yang menerima soalan tentang perkara ini ketika sedang kuliah terus memberikan penjelasan yang cukup padat. UAI menjelaskan pihak penganjur sudahpun memohon tauliah sementara daripada JAIS tetapi ia tidak berjaya.
Sedar Selangor hanya benarkan mereka bertauliah sahaja tapi pihak masjid mahu cuba juga…
Kita memang dah tahu dari zaman Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan 22 bulan lagi, memang saya tidak boleh di Selangor sebab negeri itu benarkan penceramah untuk yang bertauliah sahaja.
Cuma ada masjid di Bukit Jelutong ini, mereka minta juga (supaya saya hadir). Kami kata boleh (tetapi) sediakan surat sokongan baru kami boleh pergi, mohon tauliah sementara untuk malam itu sahaja, dan mereka sudah pun mohon.
Selesai semua benda, dan (kemudian kuliah itu) dibatalkan. Kami akur, tukar ke Kampung Pandan, tidak ada isu pun.
Masjid sudah mohon sebanyak 2 kali tapi masih gagal..
UAI turut menjelaskan pihak penganjur sudahpun membuat permohonan sebanyak dua kali dan merayu dengan pihak JAIS tetapi tetap tidak dibenarkan juga.
Jadi kami ambil keputusan pindah (kuliah) ke Kuala Lumpur. Kenapa mu koyak? Bukan kita marah pun. Awak tidak bagi kami berkuliah, kami berpindah ke Kampung Pandan. Comel dah (keputusan itu), eh koyak juga.
Syarak benarkan syarat kebenaran bertauliah ini jika ianya bertujuan mengawal penceramah bawa ajaran sesat tapi…
Yang ada mengajar ajaran sesat, memang dilarang. Itu memang betul, dibolehkan. Tetapi janganlah kita gunakan untuk nafsu. Kita halau orang berkuliah kerana nafsu sahaja, bukan kerana ajaran sesat dan sebagainya.
Nasihat saya, kamu-kamu ini nanti jadi menteri, jadi orang yang ada kuasa. Gunakan kuasa itu untuk luaskan ilmu ALLAH dan gunakan kuasa kamu untuk sekat maksiat.
Apapun, kita doakan agar Ustaz Azhar Idrus diberikan kesihatan untuk terus melebarkan ilmu agama di serata tempat.
Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!