Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan Pihak JAIS Selepas Dipersoal Batalkan Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Selangor

Ustaz azhar idrus jais ohmedia

Oh! Islam

Ini Alasan Pihak JAIS Selepas Dipersoal Batalkan Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Selangor

Sebentar tadi, Ohmedia ada kongsi tentang pembatalan ceramah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang sepatutnya berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Februari ini.

BACA: “Atas Kuasa JAIS” – Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Selangor Dibatalkan

Perkara ini menimbulkan persoalan orang ramai apabila ia dibatalkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

IKLAN
Ustaz Azhar Idrus

Sedar tentang perkara itu, pihak JAIS berkata pembatalan itu berpunca kerana UAI tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di negeri Selangor.

Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah. Pihak surau atau masjid tak boleh jemput individu tiada tauliah…

Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)/ JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuatkuasa di Negeri Selangor.

Semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Negeri Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

Pihak masjid dan surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar diberikan mengikut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016. – Kata Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Apapun, ceramah yang dijadualkan ini ditukar ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan Kuala Lumpur.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas