Connect with us

Oh! Media

“Takde Manusia Warna Rambut Hijau, Purple, Biru” – Ustazah Asma’ Ulas Hukum Warnakan Rambut

Jpg 20221216 114905 0000

Oh! Islam

“Takde Manusia Warna Rambut Hijau, Purple, Biru” – Ustazah Asma’ Ulas Hukum Warnakan Rambut

Pada zaman sekarang, ramai di luar sana yang mula mewarnakan rambut dalam pelbagai jenis warna yang menarik. Tapi, agaknya warnakan rambut ni dibenarkan ke dalam Islam?

BACA: “Tanda Bencana Akhir Zaman” – Ustazah Asma’ Kecewa Arab Saudi Sambut Halloween

Baru-baru ini tular di media sosial satu video pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan mengenai hukum mewarnakan rambut dari sudut Islam. Jadi, jom kita tengok!

IKLAN

Harus tetapi bersyarat

Ustazah Asma’ menjelaskan bahawa hukum mewarnakan rambut dalam Islam adalah dibenarkan. Namun, hukum bagi tindakan itu merupakan harus tetapi bersyarat. Syarat perlu dipatuhi bagi mengelakkan ia daripada jatuh hukum haram.

1) Bahan pewarna suci

Image 63

Menurut Ustazah Asma’, bahan dalam pewarna yang digunakan perlu suci, halal dan bersih. Sekiranya pembaca Ohmedia was-was dengan kandungan yang ada dalam pewarna rambut, diminta untuk tidak menggunakan ya.

2) Pewarna menyerap ke dalam rambut

Pewarna rambut yang digunakan harus menyerap ke dalam rambut dan tidak menghalang air untuk wuduk ataupun mandi wajib. Ustazah Asma’ menerangkan bahawa banyak bahan pewarna rambut yang tidak lepas syarat ini. Jadi, jangan pandai-pandai nak sahkan sendiri kecuali ia memang terjamin dan telah disahkan.

3) Warna semula jadi rambut

Image 67

Hanya warna rambut yang semula jadi sahaja dibenarkan. Contoh, kalau pembaca Ohmedia teringin nak warna rambut blonde ala-ala Mat Salleh pun dibenarkan. Tetapi, warna hitam adalah dilarang kerana melibatkan unsur-unsur menipu daya.

4) Tujuan mewarna

Image 68

Ustazah Asma’ juga menjelaskan tujuan mewarnakan rambut juga merupakan salah satu syarat dalam hukum. Tujuan sekadar mencantikkan diri adalah dibenarkan. Tetapi, kalau berniat untuk menunjuk-nunjuk dan mengikut budaya bukan Islam adalah adalah haram ya.

Tambahan, pendakwah itu menasihatkan agar masyarakat mewarnakan rambut mengikut kebiasaan harian bagi mengelakkan fitnah.

Kredit: TikTok

+  Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas