Connect with us

Oh! Media

“Tanda Bencana Akhir Zaman” – Ustazah Asma’ Kecewa Arab Saudi Sambut Halloween

Jpg 20221030 131218 0000

Trending

“Tanda Bencana Akhir Zaman” – Ustazah Asma’ Kecewa Arab Saudi Sambut Halloween

Kecoh di media sosial apabila satu video TikTok tular, dikatakan Arab Saudi sudah mula menerima dan menyambut perayaan Halloween secara besar-besaran.

BACA: Sesak Dalam Lorong Sempit, 149 Orang Maut Sambut Halloween

Difahamkan pesta di Riyard Boulevard itu telah berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat lepas serta hanya membenarkan pengunjung untuk masuk jika berpakaian menakutkan sahaja.

IKLAN

Petanda Umat Akhir Zaman

Menerusi satu posting di Facebook, Pendakwah Bebas, Ustazah Asma’ Harun berkata situasi ini sangat mengecewakan kerana negara itu sudah mula menerima pengaruh dan budaya barat yang sememangnya bercanggah dengan akidah Islam.

Ini bukan kali pertama, bahkan pada tahun 2018, pesta sebegini juga sudah diadakan, tetapi Arab Saudi melarang dan menangkap warganya yang terlibat. Namun sekarang semuanya sudah berubah, ia semakin diterima secara terbuka bahkan dirayakan secara besar-besaran serta disokong oleh pihak kerajaan. Allahuakhbar. – Ustazah Asma’

Ustazah Asma’ juga berkata sebagai Muslim, kita haruslah menyatakan bantahan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas