Connect with us

Oh! Media

Impian Lelaki OKU Ke Tanah Suci Bakal Tercapai, Dapat Tajaan Untuk Tunai Umrah

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Inspirasi

Impian Lelaki OKU Ke Tanah Suci Bakal Tercapai, Dapat Tajaan Untuk Tunai Umrah

Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU), yang dikenali sebagai Pak Ngah, bakal merealisasikan impiannya untuk menunaikan ibadah umrah selepas mendapat tajaan daripada insan-insan berhati mulia.

Kisah ini dikongsikan oleh pengguna TikTok, Norin Noor, yang memuat naik video perbualan Pak Ngah bersama anak saudaranya tentang keinginan kuatnya untuk ke Tanah Suci.

Menurut Norin, Pak Ngah hampir setiap hari menyatakan keinginannya untuk ke Tanah Suci. Hajat itu bertambah kuat kerana beliau ingin menunaikan umrah bagi pihak ibunya yang tidak sempat melaksanakannya sebelum meninggal dunia.

IKLAN

Impian Pak Ngah akhirnya tercapai…

Dalam video tersebut, Pak Ngah baru pulang dari masjid dan meluahkan hasratnya kepada ahli keluarga walaupun komunikasi tidak begitu jelas akibat masalah pendengaran.

Kisah ini mendapat perhatian TikToker terkenal, Jalil Razak, yang akhirnya menawarkan untuk menaja perjalanan umrah Pak Ngah.

Berita itu disambut dengan penuh rasa syukur oleh keluarga Pak Ngah. Malah, urusan perjalanan ke Tanah Suci telah mula diatur bagi memastikan beliau dapat menunaikan ibadah tersebut tanpa sebarang kesulitan.

Kakak Pak Ngah juga ditaja sebagai pengiring…

Lebih menyentuh hati, individu ini turut bermurah hati turut menaja kakak Pak Ngah sebagai pengiring, menemani Pak Ngah sepanjang berada di Tanah Suci.

Perkembangan ini turut dikongsi Jalil Razak, yang memberitahu bahawa Pak Ngah akan menunaikan umrah bersama keluarga lain yang sebelum ini terkandas akibat kegagalan sebuah syarikat agensi umrah.

Keluarga tersebut dikatakan telah mengikat perut selama 15 tahun untuk membawa anak dan cucunya yang juga OKU ke Tanah Suci.

Image

#OhmediaNasihat

Kisah Pak Ngah ini mengingatkan kita bahawa tiada impian yang mustahil jika kita berusaha dan percaya kepada ketentuan Allah.

Lebih indah, niat ikhlas untuk melakukan kebaikan sering mendapat sokongan daripada mereka yang berhati mulia.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas