Connect with us

Oh! Media

Gamuda Cove Jadi Pilihan Tesla Untuk Lancar Stesen Cas Terbesar di Asean

Tesla Lancar Stesen Cas

Oh! Gear

Gamuda Cove Jadi Pilihan Tesla Untuk Lancar Stesen Cas Terbesar di Asean

Tahun ini tren penggunaan kereta elektrik (EV) di Malaysia semakin meningkat terutamanya dari jenama Tesla. Disebabkan itu, Tesla telah memilih Malaysia sebagai lokasi stesen cas terbesar jenamanya di Asia Tenggara!

BACA: TESLA Malaysia Dibuka Secara Rasmi Dengan Keluasan 55,000 Kaki Persegi

Menurut PanduLaju, stesen cas di Gamuda Cove menawarkan enam stesen Supercharger (pengecas terpantas) dan 18 pengecas Destination Charging (pengecas standard, AC).

IKLAN

Pembukaan stesen itu untuk menambah baik akses dan kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV) di kawasan itu yang direalisasikan oleh Tesla Malaysia dengan kerjasama Gamuda Land.

Gamuda cove

Stesen Cas Gamuda Cove boleh diakses sepanjang hari

Terletak di kawasan lot parkir terbuka Bandar Gamuda Cove, stesen cas ini beroperasi 24 jam.

Kadar Supercharging kekal konsisten pada RM1.25/kWj dengan bayaran RM4/minit ketika stesen cas penuh dan pengecas destinasi pada masih percuma untuk digunakan oleh pemilik Tesla sehingga notis selanjutnya.

Tesla

Tesla sasar untuk sediakan pengecasan yang komprehensif dan lancar menggunakan konsep ‘plug in, charge and go

Pengguna aplikasi Tesla juga boleh melihat lokasi Supercharger dan memantau status pengecasan dengan lebih mudah .

Pembayaran juga boleh dibuat secara automatik melalui aplikasi untuk memberikan kemudahan tanpa perlu bersusah-payah.

Setakat ini, Tesla Malaysia memiliki tujuh stesen cas Supercharger dan sembilan Destination Charging di Malaysia.

Bagi menyokong perjalanan antara Malaysia dan Singapura, Tesla membina 11 stesen Supercharger dan sembilan Distination Charging di Singapura.

Kredit: PanduLaju | Says Tech

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas