Connect with us

Oh! Media

TESLA Malaysia Dibuka Secara Rasmi Dengan Keluasan 55,000 Kaki Persegi

Tesla malaysia ohmedia

Oh! Gear

TESLA Malaysia Dibuka Secara Rasmi Dengan Keluasan 55,000 Kaki Persegi

TESLA Malaysia secara rasmi membuka ibu pejabat di Cyberjaya, terletak bersebelahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.

Tesla Malaysia ini berkeluasan 55,000 kaki persegi itu juga berperanan sebagai hab penyerahan kenderaan elektrik (EV) jenama Tesla, Pusat Pengalaman (Experience Center), Latihan dan Pemasaran.

Korang yang memiliki Tesla nanti juga boleh pergi sini untuk baik pulih kenderaan dan dapatkan alat ganti.

IKLAN

Ibu pejabat Tesla Malaysia ini turut dilengkapi dengan lapan unit pengecas Supercharger (DC) dan 12 lagi pengecas Wall Connector (AC). Bagaimanapun, kemudahan pengecasan itu cuma untuk kegunaan pihak Tesla Malaysia dan belum di buka kepada pelanggan buat masa ini.

Image 24

Di Experience Center, ruangan tersebut boleh memuatkan empat model serentak. Bagaimanapun, buat masa ini, Tesla Malaysia cuma menawarkan Model 3 dan Model Y untuk tempahan dengan penghantaran dijangka bermula akhir tahun ini dan 2024.

Pejabat Tesla ini telah dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan beberapa tetamu kehormat lain.

Image 25

Kredit: Pandulaju.com.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas