Connect with us

Oh! Media

Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Tesla Milik Penyanyi Rap

Ohmedia penyanyi rap mayat reput

Oh! Artis

Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Tesla Milik Penyanyi Rap

Mayat reput ditemui dalam but Tesla milik rapper muda D4vd di Hollywood.

Korang pernah bayang tak, tengah lalu dekat kawasan letak kereta tiba-tiba terhidu bau pelik yang menusuk hidung? Itulah yang jadi dekat Hollywood baru-baru ni bila orang awam terkejut dengan penemuan mayat reput dalam sebuah kereta Tesla.

Lagi mengejutkan, kereta tu pula dikatakan milik penyanyi rap muda popular, D4vd.

Bau busuk pada kereta penyanyi rap bongkar rahsia…

Penduduk sekitar kawasan simpanan kenderaan mulanya pelik bila bau busuk makin kuat sejak beberapa hari lalu. Bila polis dipanggil untuk buat pemeriksaan, barulah terbongkar yang ada mayat reput dibalut plastik dan disorokkan dalam ruang bagasi depan kereta Tesla tu.

IKLAN

Kami dimaklumkan pagi ini dan kereta itu sudah berada di sini beberapa hari.- Kata pegawai polis.

Siasatan mendapati kereta tersebut berdaftar di Texas atas nama David Anthony Burke, iaitu nama sebenar D4vd. Nama itu terus mencuri perhatian sebab D4vd kini tengah sibuk dengan jelajah dunia dan sepatutnya ada persembahan di Minneapolis pada hari sama mayat ditemui.

Popular sejak lagu tular di TikTok…

Bagi yang tak kenal, D4vd mula jadi bualan ramai sejak 2022 bila lagunya Romantic Homicide viral dekat TikTok. Dia baru berusia 20 tahun tapi dah berjaya raih jutaan peminat di seluruh dunia.

Malah, dalam beberapa hari kebelakangan ni pun dia masih aktif promosi album terbaru di media sosial, cuma tak ada sebarang komen langsung tentang kes ni.

Lagi satu yang buat kes ni jadi buah mulut adalah lokasi penemuan kereta tu. Tempat simpanan kenderaan tu terletak berdekatan Tesla Diner milik Elon Musk yang baru dibuka bulan Julai lepas.

Pssttt! Seram bila dengar kes macam ni sebab kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik cerita sebenar. Nasihat Ohmedia, jangan mudah terpedaya dengan dunia glamor artis atau teknologi canggih semata-mata. Di sebalik semua tu, perkara gelap masih boleh berlaku. Korang pun kalau terhidu bau pelik atau nampak benda mencurigakan, jangan diam terus lapor pada pihak berkuasa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas