Connect with us

Oh! Media

Elon Musk Didakwa Ada Misi ‘Rahsia’ Sebelum Kiamat

elon musk

Oh! Artis

Elon Musk Didakwa Ada Misi ‘Rahsia’ Sebelum Kiamat

Bila sebut nama Elon Musk, kita selalu ingat Tesla, SpaceX dan cita-cita kolonikan Marikh. Tapi siapa sangka, rupanya ada satu lagi ‘misi’ peribadi Musk yang mungkin korang tak pernah bayangkan?

Menurut laporan terbaru, CEO Tesla itu didakwa merancang untuk menjadi bapa kepada sehingga 5,000 orang anak sebelum dunia berdepan ‘kiamat’!

IKLAN

Elon Musk bimbang dengan kadar kelahiran dunia…

Sebenarnya, Elon Musk dah lama meluahkan kebimbangan tentang penurunan kadar kelahiran dunia. Pada 2022, dia pernah tulis di platform X tentang risiko besar kejatuhan populasi:

Kejatuhan populasi akibat kadar kelahiran rendah adalah risiko yang lebih besar terhadap peradaban berbanding pemanasan global… ingat kata-kata ini.- Tulisnya.

Miliki 14 orang anak setakat ini…

Setakat ini, Musk difahamkan sudah mempunyai 14 orang anak hasil hubungan dengan empat wanita berbeza.

Antaranya, personaliti media sosial MAGA, Ashley St Clair, yang tampil mendakwa beliau telah melahirkan seorang anak hasil hubungannya dengan Musk, lengkap dengan saman penentuan bapa dan hak penjagaan.

Ujian makmal mengesahkan 99.9999% kebarangkalian Musk sebagai bapa kepada bayi tersebut.

Mesej bocor dedahkan rancangan lebih besar Elon Musk…

Mesej teks peribadi yang bocor menunjukkan Musk mungkin ada perancangan lebih gila. Beliau nak capai tahap ‘legion’, unit tentera Rom Purba yang terdiri daripada 5,000 orang.

Dalam pendedahan Wall Street Journal, Ashley St Clair turut mendakwa Musk pernah mencadangkan untuk melahirkan 10 anak melalui kaedah caesarean (c-section) untuk “memaksimumkan saiz tengkorak dan otak bayi”.

Hubungan dengan anak-anak yang ada…

Walaupun aktif memperjuangkan masa depan manusia, hubungan Musk dengan beberapa anaknya kurang baik. Anak transgendernya, Vivian Wilson, pernah menolak hubungan dengan Musk. Dalam satu wawancara bersama Jordan Peterson, Musk merujuk Vivian sebagai “anak lelaki” dan menyalahkan “virus minda woke”.

Vivian juga dedahkan bahawa Musk sering guna kaedah IVF dan banyak memilih anak lelaki. Tak cukup dengan itu, laporan turut mendakwa Musk sanggup menghantar sperma ke Jepun semata-mata untuk mengejar impiannya.

Pssttt! Memang luar biasa bila seorang manusia fikir nak ‘selamatkan’ dunia dengan melahirkan ribuan anak. Tapi, apa maknanya kalau hubungan dengan anak sendiri renggang? Mungkin dalam kejar cita-cita besar, jangan sampai lupa, keluarga tetap permata yang sebenar. Kita doakan yang terbaik buat Musk dan anak-anaknya.

Kredit: Uniladtech
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas