Connect with us

Oh! Media

Oh! Gear

Nissan Dedah GTR 2025 Dan Tamatkan Generasi R35

Nissan dedahkan secara rasmi model GTR 2025 bagi versi Jepun dan umum generasi R35 akan ditamatkan pada tahun 2025 setelah berada di pasaran sejak tahun 2009.

BACA: Pesaing Tesla Model 3, BYD Seal Sah Masuk Pasaran Tempatan Tak Lama Lagi

IKLAN

Menurut laporan Careta, perkara ini sudah diramal oleh pengamal media automotif di Jepun.

Careta juga menyatakan Car and Driver telah hubungi jurucakap Nissan A.S. mengenai penamatan model GTR R35 dan hadkan kepada 1,500 unit sahaja, bagaimanapun mereka tidak mengulas isu ini.

Sementara itu, Nissan masih belum sahkan penamatan GTR atau umum butiran model Amerika Syarikat.

Jika laporan rasmi dari Jepun keluar, maka tahun 2025 jadi tahun keluaran model itu berakhir.

Walaupun masih tiada pengumuman rasmi, harga asas model ini telah meningkat sehingga lebih daripada $50K sehingga kini.

Sebelum ini timbul dakwaan Nissan akan menamatkan GTR terkini disebabkan tidak dapat menghasilkan banyak bahagian kereta pada masa depan.

Tambahnya, pengumuman pembuat kereta sepatutnya termasuk butiran nombor pengeluaran terhad tahun model akhir.

Setakat ini, hanya 1,500 terjual dan 300 daripadanya dikatakan varian NISMO namun masih tidak jelas sama ada itu adalah nombor pengeluaran global atau bukan.

Kredit: Careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas