Connect with us

Oh! Media

JPJ Panggil Semula 4,255 Unit Kenderaan Melibatkan Lima Jenama Pengeluar

Ohmedia  Jpj

Oh! Gear

JPJ Panggil Semula 4,255 Unit Kenderaan Melibatkan Lima Jenama Pengeluar

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah membuat hebahan panggilan balik membabitkan 4,255 unit kenderaan daripada lima jenama pengeluar.

Antaranya adalah jenama Mercedes-Benz, Citroen, Peugeot, Nissan dan MAN (trak). 

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi JPJ Malaysia. Berikut ialah model kenderaan terlibat mengikut jenama:

IKLAN

Jpj

Panggilan balik dengan volum kenderaan paling besar membabitkan produk edaran dan keluaran Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebanyak 2,116 unit.

Malah, kenderaan terjejas ialah keluaran tahun 2007 sehingga 2023 termasuk model kereta elektrik EQS.

Tambahan, bagi jenama Peugeot pula melibatkan dua model kereta iaitu 208 dan 2008 keluaran tahun 2017 hingga 2020. Kedua-dua jenama ini membabitkan jumlah kenderaan terjejas sebanyak 2,033 unit.

Sementara itu, untuk Citroen dan DS pula melibatkan sebanyak 771 unit.

Jpj

Dalam pada itu, barisan produk jenama MAN pula membabitkan dua model lori dengan 22 unit kenderaan dipanggil balik.

Jpj

Sebanyak 84 unit Nissan LEAF dipanggil balik membabitkan produk keluaran tahun 2019 hingga 2022.

BACA: Penunggang Motosikal Rempuh Pegawai JPJ Direman Empat Hari

Terdahulu, tular video menunjukkan seorang penunggang motosikal merempuh pegawai JPJ dalam cubaan larikan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR).

Kredit: Jabatan Pengangkutan Jalan 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Panggilan balik jpj malaysia 3
  • Panggilan balik jpj malaysia 4
  • Panggilan balik jpj malaysia 1
  • Ohmedia  Jpj
  • Panggilan balik jpj malaysia 3
  • Panggilan balik jpj malaysia 4
  • Panggilan balik jpj malaysia 1
  • Ohmedia  Jpj

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas