Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Sebab Kenapa Nissan Skyline GT-R Diberi Gelaran ‘Godzilla’

62bffb44 098c 470e a5f2 6b1b45203625

Oh! Gear

Ini Rupanya Sebab Kenapa Nissan Skyline GT-R Diberi Gelaran ‘Godzilla’

Nissan Skyline GT-R merupakan sebuah kereta sukan dari Jepun yang popular sehingga kini. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa orang panggil dia dengan gelaran ‘Godzilla’ kan? Meh sini kami nak share.

BACA : Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur Baru ‘Jalan’ 10km, Harga Bidaan Bermula RM1.87Juta!

Nissan Skyline GT-R R32 merupakan model ketiga dalam barisan yang dikeluarkan pada tahun 1989 sehingga 1994. Sebelum model ini dihantar ke negara lain, Australia merupakan negara eksport pertama Nissan R32 GT-R ini.

IKLAN
F01be889 e664 4854 98c7 467a6736bb17

Dalam Kejohanan Kereta Touring Australia (ATCC) pada tahun 1990, Nissan Skyline GT-R R32 ini berjaya mengalahkan Ford Sierra Cosworth yang merupakan pemegang kejuaraan podium berturut-turut sejak sekian lama. Bukan tu jer, R32 GT-R ini juga turut memenangi perlumbaan klasik Bathurst pada tahun 1991 dan 1992.

Untuk pengetahuan, Godzilla adalah raksasa dalam siri drama Jepun, Tokusatsu. Kemudian, karakter tersebut menjadi lebih popular selepas filem Godzilla arahan Ishiro Honda ditayangkan pada tahun 1954.

Sejak dari itu, nama ‘Godzilla’ ini telah menjadi ikon dunia yang turut muncul dalam komik, iklan, novel sampaikan Hollywood pun buat filem. 

Disebabkan itu, pihak media dari Australia mula menggelarkan kereta sukan dari Nissan itu sebagai ‘Godzilla’ kerana ianya mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di kalangan pemerhati dunia permotoran di Australia. 

Gelaran itu juga telah menjadi buah mulut dan sebutan kalangan peminta-peminat automotif seluruh dunia. 

Patutlah Nissan Skyline GT-R diberi gelaran Godzilla. Lagipun, memang kena dengan sifat yang ada padanya. 

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas