Oh! Gear
Pesaing Tesla Model 3, BYD Seal Sah Masuk Pasaran Tempatan Tak Lama Lagi
Masuk tahun 2024 ni, semakin banyak jenama kenderaan mengeluarkan kereta elektrik EV di pasaran luar negara termasuklah Malaysia.
Terbaharu, satu kenderaan elektrik popular yang dikeluarkan dari China iaitu BYD dilihat sedia menawarkan satu lagi model EV baharu untuk pasaran tempatan.

Jenama BYD ini telah bawa masuk dua model dalam pasaran tempatan iaitu Atto 3 dan Dolphin.
Untuk model Seal, korang boleh membuat pra-tempah bermula 19 Januari nanti dan perkara ini diumumkan sendiri BYD menerusi media sosial rasmi mereka.

Namun, tiada sebarang maklumat lanjut yang dikongsi mengenai penawaran harga, varian yang akan dilancarkan dan juga ketersediaan.
Walau bagaimanapun, BYD Seal dijangka akan dijual pada harga sekitar RM200k bergantung pada varian, malah ia juga dijangka akan menjadi pesaing kepada Tesla Model 3 yang dijual pada harga sekitar RM189k.
BACA: Dasar Lupus Kenderaan Lama, Tingkatkan Penggunaan Kenderaan EV Bakal Susahkan Rakyat
Terdahulu, kerajaan telah melaksanakan satu dasar untuk menamatkan hayat kenderaan lama di Malaysia tetapi rakyat menyifatkan sebagai tidak praktikal dan hanya akan menyusahkan rakyat.
Kredit: Fuzz.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM