Oh! Bisnes
Catcha Digital Catat Pendapatan Tertinggi RM11.14 Juta Pada Suku Ketiga 2024
Catcha Digital Berhad mengumumkan kejayaan besar dengan mencatatkan pendapatan tertinggi sebanyak RM11.14 juta bagi suku ketiga tahun 2024 (Q3 FY2024).
Ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding suku ketiga tahun 2023, di mana pendapatan dicatatkan sebanyak RM7.19 juta, sekaligus merekodkan pertumbuhan tahunan sebanyak 55%.
Syarikat juga mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.21 juta dalam Q3 FY2024, menjadikan jumlah keuntungan selepas cukai bagi sembilan bulan pertama tahun ini sebanyak RM3.43 juta.
Catcha Digital catat pendapatan RM11.14 juta bagi Q3 FY2024

Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital, Eric Tan berkata, syarikat telah melancarkan pelbagai solusi inovasi pengiklanan seperti kempen offline kepada online bagi membolehkan pengiklan mereka berhubung dengan pelanggan dengan lebih berkesan.
Kami berbangga dengan pasukan atas pencapaian pertumbuhan pendapatan yang mengagumkan ini, walaupun dalam persekitaran ekonomi makro yang tidak menentu. Ini adalah hasil daripada fokus mendalam terhadap keupayaan inovasi produk.
Sementara itu, Pengerusi Catcha Digital Patrick Grove turut meluahkan rasa gembira dapat mencapai pendapatan tertinggi ini dalam suku kelima selepas keluar daripada status GN2 pada Julai 2023.
Berusaha mengekalkan momentum

Tambahnya, Catcha Digital akan berusaha untuk mengekalkan momentum tersebut dan pada masa yang sama akan meneruskan misi untuk menjadi kumpulan digital yang terkemuka di Asia Tenggara.
Dalam misi membina kumpulan digital yang menguntungkan dan terkemuka di Asia Tenggara, kami akan terus mencari kerjasama strategik, pelaburan, dan pengambilalihan yang boleh meningkatkan pendapatan sesaham.
Pada 28 Jun 2024, Catcha Digital mengumumkan usaha sama dengan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, pengasas Keluar Sekejap, untuk membentuk perniagaan media digital baharu, KS Lagi.
Bentuk KS Lagi

KS Lagi telah dilancarkan pada Oktober 2024 dan telah berjaya menarik jenama global seperti MG Motor, Honor, dan Vico sebagai pengiklan.

[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 8 hours ago