Connect with us

Oh! Media

Catcha Digital Berhad Umum Pelantikan Patrick Grove Sebagai Pengerusi

Oh! Bisnes

Catcha Digital Berhad Umum Pelantikan Patrick Grove Sebagai Pengerusi

Baru-baru ini, Catcha Digital Berhad (Catcha Digital) telah mengumumkan pelantikan Patrick Ykin Grove sebagai Pengerusi baru, berkuat kuasa mulai 1 Mac 2023.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan, Patrick yang juga Pemegang Saham Utama, Pengasas Bersama dan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas daripada Catcha Digital, merupakan usahawan dan pelabur berpengalaman luas dalam industri media digital dan teknologi. 

Beliau dilantik selepas Dato’ Larry Gan Nyap Liow @ Gan Nyap Liou (“Dato’ Larry”) berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Lembaga Pengarah Catcha Digital.

Dapat pengiktirafan antarabangsa

Sebagai Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Group, Patrick mendapat pengiktirafan sebagai salah satu usahawan yang terkemuka di rantau Asia Pasifik. 

Beliau telah mengasaskan dan mengambil alih enam perusahaan daripada syarikat permulaan (start up) sehingga IPO sepanjang lima belas tahun yang lalu.

Pencapaian ini menjadi titik tolak baginya sehingga beliau berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Global Leader of Tomorrow dan New Asian Leader daripada World Economic Forum, Young Entrepreneur of the Year daripada Australian Chamber of Commerce serta Singapore; Asia’s Best Young Entrepreneur daripada Bloomberg Business. 

Patrick turut mempunyai pengalaman yang luas sebagai pengarah syarikat tersenarai dan pernah menjadi Pengerusi ASX-listed iProperty Group, yang diambil alih oleh Newscorp’s REA Group kira-kira RM2.5 billion dan ASX-listed iCar Asia yang diambil alih oleh Carsome pada harga kira-kira RM850 juta.

“Saya berbesar hati dilantik sebagai Pengerusi Catcha Digital. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan dinamik untuk mencipta kejayaan yang luar biasa dan akan berusaha untuk melakukannya, bagi memacu Catcha Digital ke tahap yang luar biasa yang kami percaya dapat dicapai”- Patrick

Dalam satu kenyataan, Dato’ Larry berkata, 

Mengikut amalan Kod Tadbir Urus Korporat yang mengehadkan pelantikan Pengarah Bebas lebih daripada 9 tahun, ini merupakan masa yang sangat tepat untuk saya berundur dan memberi laluan kepada pengarah seterusnya. Ia merupakan perjalanan yang hebat bersama dengan Patrick… dan saya doakan yang terbaik buat syarikat“.

Catcha Digital Berhad ialah sebuah syarikat pemegang pelaburan yang berpangkalan di Malaysia, memberi tumpuan kepada operasi perniagaan dalam industri media digital, pengiklanan dan perisian.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas