Oh! Bisnes
Catcha Digital Catat Rekod Keuntungan RM5.39 Juta Bagi Q3 FY2025, Meningkat 345% Berbanding Q3 FY2024
Catcha Digital catat hasil dan PAT tertinggi dengan pertumbuhan 345%. 8 pengambilalihan strategik kukuhkan kedudukan syarikat dalam ekonomi digital.
Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan terbaik bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 (S3 FY2025), sekali gus meletakkan syarikat itu semakin hampir kepada status gergasi digital rantau ini.
Untuk S3 FY2025, syarikat merekodkan hasil RM25.26 juta dan keuntungan selepas cukai (PAT) RM5.39 juta iaitu peningkatan 127% hasil dan 345% PAT berbanding tempoh sama tahun lepas.
Secara keseluruhan, PAT bagi sembilan bulan FY2025 kini mencecah RM8.53 juta.
CEO Catcha Digital, Eric Tan puji pasukan

Ketua Pegawai Eksekutif, Eric Tan, memuji pasukan yang berjaya memacu pertumbuhan meskipun ekonomi tidak menentu.
Kejayaan mengintegrasikan pengambilalihan terbaru telah membawa peningkatan ketara kepada pendapatan kami… Pasukan kami layak menerima penghargaan kerana memberi fokus kepada pendapatan mampan serta pulangan jangka panjang maksimum kepada pemegang saham.
Suku rekod ini turut dipacu oleh suntikan modal besar melalui Terbitan Hak Saham Berserta Waran bernilai RM24.3 juta, dengan lebihan langganan sebanyak 78%.
Jika semua waran dilaksanakan sepenuhnya, syarikat berpotensi memperoleh RM73 juta tambahan bagi memacu pelan pertumbuhan agresif.
Catcha Digital juga telah memuktamadkan kemudahan kredit pusingan RM35 juta bersama Affin Investment Bank pada 28 Ogos 2025.
“Ini hanyalah permulaan” – Pengerusi Patrick Grove

Pengerusi, Patrick Grove, dengan penuh keyakinan menyatakan visi Catcha Digital.
Keputusan kukuh suku ini hanyalah permulaan… Kami akan terus melaksanakan visi kami melalui usahasama, pelaburan dan pengambilalihan yang meningkatkan pendapatan sesaham.
8 pengambilalihan strategik dalam 12 bulan, Catcha terus meluaskan dmpayar
Catcha Digital kini bergerak agresif dalam memperkukuh kedudukan dalam ekonomi digital melalui 8 pengambilalihan besar, antaranya:
- Maxoom Sdn Bhd
- 100% kepentingan pada harga RM6.13 juta
- Bayaran 2 peringkat dalam 12 bulan
- Termasuk Jaminan Aset Bersih RM885,000
- One International Exhibition Sdn Bhd
- 60% kepentingan, RM11.38 juta
- Selesai 27 Ogos 2025
- Bergantung kepada PAT & kepentingan minoriti
- Theta Service Partner Sdn Bhd (Belum selesai)
- 92.5% kepentingan, RM35 juta
- Bergantung kepada capai PAT RM3.5 juta – RM5 juta
- DS Services (Digital Symphony) – Belum selesai
- 51% kepentingan, RM22.95 juta
- Bergantung kepada PAT RM4.5 juta & RM4.2 juta
- Framemotion Studio – Belum selesai
- 60% kepentingan, RM37.32 juta
- Bergantung kepada PAT & kepentingan minoriti RM6.8 juta
- Drive 2 Digital (D2D)
- 60% kepentingan, RM16.2 juta
- Selesai 7 Mei 2025
- Tastefully Malaysia
- 70% kepentingan, RM7.6 juta
- Selesai 18 Jun 2025
- Nexible Solutions
- 51% kepentingan, RM11.3 juta
- Selesai 22 Januari 2025
Gabungan keuntungan semua syarikat sasaran dijangka mencecah RM26.7 juta berdasarkan tempoh 12 bulan selepas penyiapan/FYE 2025.