Oh! Bisnes
Catcha Digital Tingkat Pegangan Headline Media Kepada 80 Peratus
Catcha Digital tambah pegangan Headline Media kepada 80 peratus selepas prestasi untung melonjak enam kali ganda.
Sejak kebelakangan ini, nama Catcha Digital makin kerap disebut dalam dunia media digital tempatan. Terbaharu, syarikat itu sah menambah pegangan dalam Headline Media, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam ekosistem media digital Malaysia.
Langkah ini dibuat selepas prestasi Headline Media menunjukkan lonjakan ketara dari segi keuntungan dan pertumbuhan audiens. Ohmedia tengok perkembangan ini sebagai satu isyarat jelas tentang hala tuju industri media digital yang makin agresif.
Catcha Digital tambah pegangan kepada 80 peratus


Catcha Digital Berhad memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, iMedia Asia Sdn Bhd, telah melengkapkan pelaksanaan opsyen panggilan untuk membeli tambahan 50 peratus ekuiti dalam Headline Media Sdn Bhd.
Dengan transaksi ini, pegangan iMedia dalam Headline Media meningkat daripada 30 peratus kepada 80 peratus. Jumlah pembelian keseluruhan melibatkan RM4 juta dan dibiayai menggunakan dana dalaman syarikat.
Struktur bayaran dan perjanjian tambahan

Perolehan ini dibuat menerusi Perjanjian Tambahan bertarikh 22 Disember 2025, yang melengkapkan perjanjian jual beli saham asal pada 9 Oktober 2023. Sebanyak 20 peratus bayaran dibuat semasa penyempurnaan, manakala baki 80 peratus akan dibayar dalam tempoh 12 bulan.
Struktur ini menunjukkan Catcha Digital mengambil pendekatan terancang tanpa memberi tekanan kewangan jangka pendek. Pada masa sama, ia memberi ruang kepada integrasi operasi yang lebih mendalam bersama iMedia.
Keuntungan Headline Media melonjak enam kali ganda
Sejak Catcha Digital memperoleh 30 peratus pegangan pada Disember 2023, prestasi kewangan Headline Media melonjak dengan ketara. Keuntungan bersih selepas cukai meningkat daripada RM139,000 pada tahun kewangan 2023 kepada RM897,000 pada tahun kewangan 2024.
Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan audiens, strategi pengewangan yang lebih agresif serta sokongan ekosistem media digital iMedia. Kumpulan itu menjangkakan keuntungan akan terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang.
The decision to exercise the call option and increase our stake in Headline Media to 80% underscores our strong confidence in the quality of the business and the execution capabilities of the team.- Katanya.
Portfolio media dengan capaian 17 juta pengguna

Headline Media diasaskan oleh Rydah Tan, Chan Jin Wen, Dylan Tan, Esther Lee dan Sarah Yeoh. Syarikat ini mengendalikan beberapa jenama media digital popular termasuk WeirdKaya, LokLokWords dan EzLokal Food.
Secara keseluruhan, rangkaian ini mencatat capaian sekitar 17 juta pengguna sebulan merentasi media sosial dan laman web, dengan jumlah pengikut sekitar 1.2 juta. Angka ini menjadikan Headline Media antara pemain media digital paling berpengaruh di Malaysia.
Our partnership with Catcha Digital has significantly accelerated Headline Media’s growth over a short period of time.- Katanya.
Catcha Digital agresif buat pemerolehan strategik

Selain Headline Media, Catcha Digital turut mengumumkan tujuh pemerolehan strategik lain dalam tempoh 12 bulan terakhir. Kesemua pemerolehan ini dijangka menyumbang keuntungan agregat sekitar RM19.4 juta berdasarkan tempoh 12 bulan selepas penyempurnaan.
Langkah agresif ini memperlihatkan strategi Catcha Digital untuk membina ekosistem teknologi dan media yang mampan melalui pemerolehan berkualiti tinggi. Ohmedia lihat pendekatan ini sebagai antara sebab utama syarikat itu terus berkembang pantas.
Pssttt! Ohmedia harap korang yang terlibat dalam dunia media dan bisnes digital ambil perhatian tentang kepentingan prestasi sebenar. Bila angka dan pelaksanaan kukuh, keyakinan pelabur pun datang dengan sendirinya.
Kredit: Catcha Digital
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM