Oh! Artis
Noor Nabila Kongsi Foto Peluk Bersama Lelaki Tinggi Lampai Dan Berjambang, Netizen Syak Kekasih Baru
Noor Nabila kongsi foto mesra bersama lelaki tinggi lampai, berjambang.
Usahawan dan pempengaruh popular, Noor Nabila, mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa foto di Instagram Story yang mencetuskan tanda tanya tentang status dirinya.
BACA: “Duduk Serumah Bukan Sebilik” – Noor Nabila ‘Holiday’ Berlima, Minta Netizen Jadi Bijak
Dalam salah satu perkongsian, beliau kelihatan mesra berdiri sambil berpelukan dengan seorang lelaki tinggi lampai ketika menghadiri satu majlis.
Gambar mesra Noor Nabila dengan lelaki tinggi lampai

Apa yang lebih menarik, wajah lelaki berkenaan telah disorok dengan emoji hati. Ini menimbulkan spekulasi sama ada lelaki itu kekasih baru Nabila.
Kekasih baru Nabila?

Dalam satu lagi perkongsian lain, Noor Nabila turut memuat naik gambar anak lelakinya, Jebat Jayden, sedang menjalankan perniagaan kecil menjual air lemon segar berharga RM2 di hadapan rumah.
Lelaki tersebut turut dilihat bergambar dengan Jebat Jayden dan wajahnya juga ditutup dengan emoji.
Pssttt! Nabila nampaknya sedang melalui fasa bahagia bersama anaknya dan mungkin juga dengan kehadiran insan istimewa yang baru. Kalau benar sudah berpunya semula, kami doakan yang terbaik.
Kredit: Instagram Noor Nabila
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM