Oh! Artis
“Saya Cakap Saya Tak Nak Duit, Saya Nak Emas” – Erra Fazira
Erra Fazira pilih dinar emas demi nilai pelaburan masa depan.
Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira mendedahkan sebab memilih dinar emas sebagai mas kahwin.
Dalam laporan Kosmo!, primadona ini berkata, kesedaran terhadap nilai simpanan emas semakin meningkat dalam dirinya sejak kebelakangan ini.
“Saya cakap saya tak nak duit, saya nak emas” – Erra Fazira

Jadi, apabila suaminya Ezwan Zain bertanyakan mengenai nilai wang hantaran, Erra menyatakan dia mahu dalam bentuk emas.
Menurut Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, tidak menyangka keputusan memilih dinar emas sebagai mahar mendapat perhatian ramai.
Sewaktu kami sedang membuat persiapan perkahwinan dulu, suami pernah tanya saya nak hantaran berapa? Saya cakap saya tak nak duit, saya nak emas.
Tambah Erra lagi, jika dulu dia lebih sukakan emas putih, kini minatnya beralih kepada emas kuning.
Emas bentuk pelaburan masa depan

Malah, dia turut menyimpan emas untuk anaknya, Engku Aleesya setiap tahun sebagai satu bentuk pelaburan masa depan.
Di saat dunia sekarang berdepan pelbagai isu antaranya peperangan, pentingnya untuk kita menyimpan aset seperti emas.
Erra juga menekankan kepentingan memiliki aset seperti emas dalam keadaan dunia yang penuh dengan cabaran masa kini.
Pssttt! Emas bukan sekadar perhiasan, tetapi satu bentuk simpanan yang boleh menjadi penyelamat di masa depan. Moga lebih ramai wanita mula sedar dan menghargai nilai pelaburan emas seperti Erra.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM