Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tindakan Rahim Sepahtu Bantu Shuib Uruskan Jenazah Sambil Pakai PPE Raih Pujian Netizen

Rahim Sepahtu PPE

Oh! Artis

(VIDEO) Tindakan Rahim Sepahtu Bantu Shuib Uruskan Jenazah Sambil Pakai PPE Raih Pujian Netizen

Sejak khabar pemergian penyanyi kesayangan Malaysia, Siti Sarah Raisuddin, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham seperti tidak berhenti di tayangkan di media sosial sejak Isnin lalu.

ADVERTISEMENT

BACA : “Pemergian Siti Sarah Sebagai Syahid Akhirat” – Imam Muda Asyraf

Terlihat rakan-rakan selebriti dan kenalan ahli keluarga juga sentiasa memberikan kata-kata semangat buat suami Allahyarham iaitu Shuib Sepahtu agar terus kuat menghadapi ujian ini.

Seorang rakan karib Shuib iaitu Rahim Sepahtu telah mendapat pujian netizen apabila terlihat beliau turun sama ke liang lahad bagi menyempurnakan jenazah arwah Siti Sarah.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shahrulazwa7, beliau memuat naik kembali video dari salah seorang ahli keluarga Allahyarham dan memuji tindakan Rahim yang turut memakai pakaian PPE bagi menguruskan jenazah isteri rakan karibnya itu.

https://www.tiktok.com/@shahrulazwa7/video/6994659812592160026

Sehubungan dengan video berkenaan, rata-rata warganet memuji tindakan Rahim dan mengakui contoh tauladan yang dipaparkan merupakan salah satu perkara murni yang harus dipelajari oleh semua pihak.

Kredit: TikTok @shahrulazwa7

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas