Connect with us

Oh! Media

“Pemergian Siti Sarah Sebagai Syahid Akhirat” – Imam Muda Asyraf

A7aad832 b5f5 4151 863b a2743bf13850

Oh! Artis

“Pemergian Siti Sarah Sebagai Syahid Akhirat” – Imam Muda Asyraf

Pagi ini kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi tanah air yang juga merupakan isteri kepada Shuib Sepahtu, Allahyarhamah Siti Sarah selepas beberapa hari dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kekurangan oksigen. Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergiannya itu sebagai syahid akhirat. 

BACA : “Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya” – Shuib

Sebelum ini, Allahyarhamah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pra-matang setelah dinasihatkan doktor dan perkara ini tergolong dalam syahid ketiga iaitu syahid akhirat kata Imam Muda Asyraf.

IKLAN

Syahid akhirat apabila kematian disebabkan melahirkan anak, terbakar, wabak seperti taun serta COVID-19, lemas dan sebagainya.

Allahyarhamah dikatakan boleh tergolong dalam syahid akhirat kerana meninggal dunia disebabkan wabak yang melanda dan selepas melahirkan anak.

Menurut Asyraf lagi, ganjaran dan kemuliaan Allah SWT akan diberikan kepada individu yang tergolong dalam syahid akhirat ini.

Jenazah mereka diuruskan seperti biasa. Cuma diberikan kemuliaan khusus di akhirat nanti. Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham tergolong dalam syahid akhirat.

Apapun, takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga dan diharapkan agar semuanya tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas