Oh! Artis
Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Hadir Ke Mahkamah, Prosiding Hakam Bermula
Uqasha dan Kamal hadir ke mahkamah syariah hari ini bagi prosiding hakam keluarga susulan kemelut rumah tangga mereka.
Sudah agak lama desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga Uqasha Senrose dan Kamal Adli menjadi bualan hangat. Hari ini, pasangan selebriti ini sekali lagi menarik perhatian apabila mereka muncul di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk prosiding hakam.
Uqasha yang dilihat memakai jubah kelabu tiba sekitar jam 9.20 pagi bersama peguam syarie, manakala Kamal Adli pula muncul 20 minit kemudian dengan penampilan segak bersut dan bersongkok hitam. Wajah mereka berdua jelas kelihatan sugul dan penuh emosi.
Pelantikan hakam keluarga diteruskan

Menurut peguam Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, kehadiran anak guamnya adalah bagi peringkat kedua prosiding yang melibatkan pelantikan hakam keluarga.
Hari ini untuk peringkat kedua untuk hakam keluarga iaitu akan ada lantikan hakam keluarga dan kemudian kita lihat sama ada diteruskan dengan prosiding timbang tara hakam atau bagaimana.- Katanya.
Langkah ini merupakan susulan kepada keputusan prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) sebelum ini yang mendapati terdapat shiqaq atau perbalahan serius antara pasangan tersebut.
Kamal Adli akui sudah berusaha sebaik mungkin

Ketika ditemui media, Kamal Adli dilihat cukup beremosi dan berat untuk memberikan kenyataan. Namun begitu, dia tetap memberikan respon pendek tentang keadaan semasa rumah tangganya.
Saya hari ini susah sikit nak bercakap. Sebab kita punya proses hari ini dah hujung-hujung dah. Jadi, kalau tak ada jodoh, Wallahualam. Saya dah cuba sejak daripada awal lagi. Saya dah cuba. Kita lihat bagaimana untuk prosiding hari ini.- Katanya.
Jawapan ringkas itu cukup menggambarkan betapa berat beban yang sedang ditanggung pelakon lelaki tersebut.
Uqasha Senrose pernah dakwa dikasari ketika hamil

Sebelum ini, pada 18 Disember lalu, Uqasha mendedahkan kepada pihak mahkamah bahawa dia pernah mengalami kekasaran fizikal termasuk ketika sedang sarat hamil tujuh bulan. Pendedahan itu dibuat semasa prosiding JKP.
Susulan laporan tersebut, pihak mahkamah turut menasihatkan Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha. Permohonan cerai itu sebenarnya telah difailkan oleh Uqasha sejak 1 Oktober lalu atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Walaupun melalui fasa yang cukup mencabar, kedua-dua Uqasha dan Kamal tetap hadir ke setiap prosiding dan memberi kerjasama penuh kepada pihak mahkamah. Situasi ini memperlihatkan bahawa mereka masih menghormati proses undang-undang dan ingin menyelesaikan isu ini secara matang.
Pssttt! Ohmedia faham, setiap rumah tangga pasti ada ujian. Tapi kalau dah cuba sedaya upaya dan masih tak jumpa jalan tengah, jangan takut untuk buat keputusan demi kebaikan bersama.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM