Oh! Artis
“Reda Jika Tiada Jodoh” – Kamal Adli Serah Ketentuan Kes Cerai Dengan Uqasha
Kamal Adli reda serah ketentuan kes cerai dengan Uqasha Senrose kepada mahkamah. Prosiding hakam hampir ke penghujung.
Pelakon, Kamal Adli memilih untuk berlapang dada dan menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Yang Maha Esa berhubung kes perceraiannya dengan isteri, aktres Uqasha Senrose.
Menurut laporan Oh Bulan, Kamal berkata beliau akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal ditentukan oleh mahkamah pada prosiding hakam yang berlangsung Isnin ini, dengan hati terbuka.
“Sekarang sudah masuk proses hakam dan boleh dikatakan sudah hampir sampai ke penghujung. Saya sendiri tidak tahu nak ulas apa. Doakan yang baik-baik. Jika sudah tiada jodoh, wallahualam.
“Saya sudah berusaha dari awal” – Kamal Adli

Menurut Kamal, dia sudah melakukan yang terbaik sejak awal dan kini hanya menunggu keputusan pihak mahkamah.
Apa pun, saya sudah berusaha daripada awal lagi. Sekarang saya tunggu sahaja apa yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah.
Kamal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar jam 9.40 pagi dengan ditemani peguamnya, Hadi Salleh serta beberapa orang sahabat.
Uqasha Senrose mohon doa yang baik

Sementara itu, Uqasha Senrose yang tiba lebih awal ke mahkamah memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya dalam menghadapi ujian ini.
Dalam perkembangan sama, peguam syarie yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian menjelaskan prosiding Isnin ini adalah peringkat kedua hakam keluarga.
Hari ini merupakan peringkat kedua hakam keluarga iaitu melibatkan lantikan hakam keluarga. Selepas itu, kita akan lihat sama ada kes ini diteruskan dengan prosiding timbang tara hakam atau sebaliknya.
Pssttt! Dalam setiap ujian rumah tangga, doa dan kebijaksanaan lebih utama daripada spekulasi. Hormati ruang dan privasi, biarkan proses berjalan dengan tenang.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM