Connect with us

Oh! Media

“This Is Too Much!” – Peminat Dakwa Syasya Dolla Dipukul Teman Lelaki Hingga Lebam

Syasya Dolla

Oh! Artis

“This Is Too Much!” – Peminat Dakwa Syasya Dolla Dipukul Teman Lelaki Hingga Lebam

Tular satu hantaran di Instagram, mengenai ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang didakwa telah dipukul kekasihnya sehingga lebam di bahagian tangan.

ADVERTISEMENT

Perkongsian mengenai dakwaan itu dibuat oleh akaun Instagram peminatnya, idolla. fansdolla_ dengan memuat naik gambar lebam pada tangan penyanyi itu.

Perkara ni dah lebih bro!

Hang ingat hang siapa nak pukul Syasya sampai macam tu mat, Allah cipta hang sebagai lelaki untuk melindungi wanita bukan menyakiti wanita mat! WTH

Tengok muka macam baik sangat, rupanya disebaliknya. Kau berani dengan perempuan je mat…

Syasya, u deserve the happiness and you deserve someone better than him,

Syasya, kami tahu awak perempuan yang kuat. Kami sentiasa akan ada dengan you. Kiteorang tak dapat bayang macam mana jantan tu pukul awak Syasya,

Kepada jantan tu, nasib kiteorang ni baik je tau, kalau tak dal lama reveal muka hang!

Syasya Dolla

Walau bagaimanapun, kumpulan Dolla meminta agar para media untuk tidak bertanyakan isu ini kerana penyanyi tersebut sedang bercuti dengan keluarga di luar negara.

Malah, mereka berharap agar pertanyaan tentang kejadian tersebut ditanyakan nanti bagi memberi ruang untuk ahli kumpulan Dolla itu berehat sebentar bersama keluarganya.

Namun apabila menjengah ke Insta Story Syasya, dia tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan dakwaan yang tular mengenai dia dipukul oleh teman lelakinya.

Syasya Dolla

BACA: Syasya Dolla Terima Teguran Imej Seksi Dari Nenek Dengan Hati Terbuka

Terdahulu, Syasya Dolla menerima teguran dengan hati yang terbuka dari neneknya, Rozie Othman yang merupakan pelakon veteran berkenaan imej seksinya.

Kredit: Instagram idolla. fansdolla_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • Syasya Dolla
  • Syasya Dolla

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas