Connect with us

Oh! Media

“Kita Kawan Bukan Sehari, Bukan Sebulan, Bukan Setahun” – Shuib Buat Pengakuan Jujur Pasal Jep

shuib

Oh! Artis

“Kita Kawan Bukan Sehari, Bukan Sebulan, Bukan Setahun” – Shuib Buat Pengakuan Jujur Pasal Jep

Umum sedia maklum, ahli kumpulan lawak popular iaitu Sepah sudah lama membuat haluan masing-masing.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci punca perpecahan, ahli kumpulannya iaitu Jep, Shuib dan Mamat dilihat selesa bergerak dengan cara sendiri.

IKLAN

Namun, ada segelintir peminat meluahkan rasa rindu dan mengharapkan trio ini kembali ke pentas lawak sebagai satu kumpulan.

Jawapan Mamat bila peminat minta Sepah kembali bersama

Terbaru, tular di TikTok rakaman video memaparkan temubual di antara Shuib dan Mamat. Menjawab kepada permintaan untuk kembali bersama, Mamat secara ringkas berkata, apa yang terjadi dalam kumpulan hanya diketahui oleh mereka bertiga.

Macam saya dah solo lama. Bila dengan Shuib kita dapat keserasian tu, kita buat bekerjasama. Benda ni sebab bermain dengan hati, perasaan dan masa.

Macam saya, bila jumpa Shuib kata nak buat semula Sepah bersama. Dia mudahkan segala kerja then hati kita dapat rasa benda tu..

Orang senang cakap, “Alaa call je la 5 minit boleh setel”. Tapi itu pada kau, pada kami yang lalui bersama ni orang tak tahu betapa sakitnya.

Sementara itu, Shuib mengakui rindu untuk kembali bekerjasama dengan Jep. Jelasnya, Jep adalah rakannya yang paling serasi dan perkenalan di antara mereka bukanlah sekejap.

Shuib mengaku rindu dengan Jep

shuib sepah

Bang, kita kawan bukan sehari bukan sebulan bukan setahun bukan 10 tahun. Kita kawan berbelas tahun.

Menurut Shuib lagi, mungkin sudah beratus sketsa yang dihasilkan bersama jadi kerinduan untuk berjenaka itu memang ada.

Pelawak ini merindui kenangan mereka menghasilkan idea lawak dan meraikan kemenangan naik ke pentas bersama.

Namun, beliau menerima jika sudah ditakdirkan Sepahtu tidak dapat kembali bersama seperti dulu.

shuib

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @fourzy4z


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas