Connect with us

Oh! Media

“Kau Apehal Nangis Mat” – Shuib Bikin Air Mata Meleleh, Netizen Rindu Tengok Sepah Bersatu

Ohmedia sepah

Oh! Artis

“Kau Apehal Nangis Mat” – Shuib Bikin Air Mata Meleleh, Netizen Rindu Tengok Sepah Bersatu

Malam penuh emosi menyaksikan kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4)!

Dengan gandingan mantap Danial Zaini, Acap S, dan Shashic, kumpulan ini berjaya mencuri hati penonton dengan persembahan yang bukan sahaja mencuit hati, tetapi turut menyentuh jiwa.

Shuib jadi tetamu, Mamat menangis

@mdfarid__

nostalgia sungguh raja lawak 3 sepah masa final tu 🥹 #sepahrajalawak3 #sarkas #mls2024

♬ bunyi asal – FARID – live streaming

Malam itu bertambah gemilang apabila pelawak terkenal, Shuib, turut diundang sebagai artis jemputan. Penampilan Shuib ternyata memberikan impak besar, sekaligus menambahkan aura istimewa dalam persembahan akhir kumpulan Sarkas.

IKLAN
@mediahiburanofficial

Replying to @emasofea Lagu tu memang memainkan peranan. Teringat persembahan ikonik Shuib bersama kumpulan lamanya. #MHnews #MediaHiburan #muzikallawaksuperstar4 #shuibsepahtu

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Di Instagram, Shuib tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Sarkas atas kemenangan mereka. Dalam kapsyennya, Shuib juga mengusik rakannya, Mamat, yang dilihat tidak dapat menahan sebak mendengar lagu Istilah Bercinta nyanyian asal Ramli Sarip.

Peminat harap Sepah buat comeback!

Difahamkan, lagu tersebut pernah dibawakan kumpulan Sepah ketika bertanding di pentas Raja Lawak dulu.

Bukan Mamat je yang menangis, netizen juga tak tahan sebak melihat persembahan kumpulan Sarkas bersama Shuib.

Mereka meluahkan rasa rindu dengan kumpulan Sepah yang pernah menghiburkan mereka suatu ketika dahulu.

Netizen berharap kumpulan ini dapat bersatu semula dan melupakan sengketa lama di antara mereka bertiga.

Ohmedia sepah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Media Hiburan | TikTok @mdfarid__ | Instagram Shuib


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas