Connect with us

Oh! Media

Shah Rukh Khan Baru Je Sambut Hari Lahir Tapi Kini Ditahan Kastam Di Lapangan Terbang

Shah rukh khan ohmedia

Oh! Artis

Shah Rukh Khan Baru Je Sambut Hari Lahir Tapi Kini Ditahan Kastam Di Lapangan Terbang

Siapa tak kenal pelakong Bollywood, Shah Rukh Khan memang tak patut. Beliau yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 57 tahun pada 2 November lalu bagaimanapun telah dilaporkan ditahan oleh pihak kastam.

Image 87

Memetik laporan NDTV, Shah Rukh Khan ditahan di Lapangan Terbang Mumbai kerana dipercayai memiliki barangan mewah atau harta yang tidak diisytiharkan.

Antara barangan yang dirampas adalah sebuah jam tangan bernilai RM4,000 dan enam buah jam tangan mewah lain dengan anggaran nilai mencecah lebih RM100,000.

IKLAN

Pemeriksaan itu dilakukan pihak kastam sebaik sahaja Shah Rukh Khan tiba di terminal Chhatrapati Shivaji dengan menaiki sebuah jet peribadi.

Shah Rukh Khan kemudian dikehendaki membayar denda sebanyak RM39,000 kepada kastam sebelum pulang. Beliau bagaimanapun dibenarkan pulang kerana kaunter bayaran tidak beroperasi ketika itu dan sebagai ganti, pengawal peribadinya perlu ditahan sehingga bayaran denda dilakukan keesokan paginya.

Kredit: NDTV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas