Connect with us

Oh! Media

Bekas Guru Besar Didakwa Ugut Pakar Forensik Inkues Zara Qairina

Ohmedia zara qairina

Oh! Tidak

Bekas Guru Besar Didakwa Ugut Pakar Forensik Inkues Zara Qairina

Bekas guru besar didakwa ugut pakar forensik kes inkues Zara Qairina, didakwa bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Seorang bekas guru besar yang kini berusia 61 tahun kecoh di mahkamah apabila dia didakwa gara-gara membuat hantaran berunsur ugutan terhadap seorang pakar patologi.

Pakar yang dimaksudkan adalah Dr Jessie Hiu, individu yang tampil memberi keterangan dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Situasi ini sekaligus mencuri perhatian ramai sebab kes berkaitan Zara Qairina memang sensitif dan penuh tanda tanya. Ramai yang tak sangka, seorang bekas pendidik boleh terbabit dengan tuduhan sebegini.

IKLAN

Bekas guru besar mengaku tidak bersalah…

Ohmedia zara Qairina

Tertuduh yang dikenali sebagai Kamul Kamarudin, hadir ke Mahkamah Sesyen dan membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Marlina Ibrahim.

Walaupun pertuduhan dibacakan dengan jelas, beliau tetap menafikan kesalahan dan memilih untuk melawan kes ini di peringkat mahkamah.

Guna akta komunikasi dan multimedia…

Ohmedia pakar pantologi zara qairina

Mengikut pertuduhan, Kamul didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Akta ini memang sering digunakan bagi mengawal penyalahgunaan media sosial, khususnya dalam kes melibatkan ugutan atau mesej berbaur ancaman.

Pssttt! Korang kena ingat, media sosial bukan tempat main lepas geram ikut suka hati. Kadang satu perkataan je boleh seret kita ke mahkamah. Jadi, sebelum taip atau tekan butang hantar, fikir dulu akibatnya. Jangan sampai maruah dan masa depan musnah sebab terlalu ikut emosi.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas