Connect with us

Oh! Media

“Faham, Mengaku Bersalah” – Norjuma Habib Didenda RM4,800 Oleh Mahkamah

Ohmedia norjuma Denda

Oh! Tidak

“Faham, Mengaku Bersalah” – Norjuma Habib Didenda RM4,800 Oleh Mahkamah

Pengacara kontroversi, Norjuma Habib didenda RM4,800 selepas mengaku bersalah di mahkamah.

Bekas personaliti TV popular, Norjuma Habib Mohamed akhirnya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didakwa merosakkan palang dan CCTV di sebuah kondominium di Taman U-Thant, dua tahun lalu.

Lapor Harian Metro, Norjuma yang kini berusia 45 tahun dikenakan denda sebanyak RM4,800 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayar.

Tukar pengakuan lepas dua tahun

Norjuma
Foto Sinar Harian

Pertuduhan terhadap Norjuma dibacakan semula di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan dan mengejutkan ramai apabila dia menukar pendirian serta terus mengaku bersalah.

IKLAN

Faham (pertuduhan), mengaku (bersalah).

Norjuma didakwa atas dua kesalahan berasingan pada malam 28 Julai 2023, kira-kira jam 7.44 dan 7.45 malam kerana merosakkan palang keluar masuk kenderaan serta kamera litar tertutup (CCTV) milik kondominium terbabit. Nilai kerugian keseluruhan dianggarkan RM4,700.

Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Peguam mohon hukuman ringan

Norjuma
Foto Syakir RadinKOSMO

Menurut peguam bela Norjuma, Faiz Kamal Jaafar, anak guamnya kini tidak bekerja, masih menyambung pengajian di universiti tempatan dan dibiayai sepenuhnya oleh bapa yang juga seorang pesara kerajaan.

Anak guam hanya mampu bayar sekitar RM1,000 untuk dua pertuduhan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa memohon mahkamah memberi hukuman setimpal kerana perbuatan itu menyebabkan kerugian dan melibatkan harta awam.

Ada rekod kes lain sebelum ini

Norjuma

Bukan itu saja, nama Norjuma turut beberapa kali disebut dalam kes mahkamah sebelum ini. Pada 19 Mei lalu, beliau didenda RM1,000 kerana mencakar dan menampar seorang wanita.

Pada 25 April 2024, beliau didakwa atas lima pertuduhan melibatkan kes mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, termasuk menendang seorang pengawal keselamatan warga Nepal, serta menampar dan mencakar individu lain dalam kejadian berasingan sejak tahun 2017.

Pssttt! Banyak pula kes melibatkan Norjuma ni ye? Diharapkan beliau menjadikan kes ini sebagai pengajaran.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas