Connect with us

Oh! Media

Sepatutnya Shila Amzah Dah Ada Gelaran Datuk Rupanya

Copy of Untitled Design   1

Oh! Artis

Sepatutnya Shila Amzah Dah Ada Gelaran Datuk Rupanya

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan bahawa dia telah beberapa kali menolak tawaran untuk menerima gelaran Datuk. 

Menerusi sesi podcast bersama suaminya Ubai MZ, Shila menjelaskan bahawa dia lebih selesa hidup tanpa sebarang pangkat atau gelaran.

Saya rasa layak atau tidak itu subjektif, tapi kalau boleh, tak naklah. Saya pernah tolak tawaran beberapa kali sebab diberi (gelaran Datuk) akan ada yang ‘riki-riki’. 

Saya lebih gemar dan selesa sebagai Shila Amzah saja.

Pengakuan itu dibuat ketika Ubai membaca komen warganet yang berpendapat Shila sudah layak menerima gelaran tersebut selepas banyak berjasa dalam bidang seni.

IKLAN

Shila Amzah berseloroh, suka gelaran ‘datuk’ dan ‘nenek’ semula jadi

@ubaihani

Misi untuk saya menjadi Datin tak tercapai hmm #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound – Ubai Mz – Ubai Sha

Dalam nada berseloroh, Shila turut berkata bahawa dia lebih suka menerima gelaran “datuk” dan “nenek” secara semula jadi apabila anak mereka berkahwin kelak.

Kalau awak (Ubai) diberikan gelaran Datuk pun saya tak nak. Kalau saya kejar gelaran itu, baik saya kahwin dengan orang yang dah ada gelaran sebelum ini. 

Kalau betul nak gelaran, biarlah anak kita yang kahwin nanti bagi gelaran datuk dan nenek pada kita.

Pengiktirafan di persada Antarabangsa

Shila Amzah

Untuk info, Shila pernah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi pertandingan nyanyian antarabangsa ‘Asian Wave’ di Shanghai pada tahun 2012. 

Sejak itu, beliau terus dikenali sebagai salah seorang penyanyi yang berjaya membawa muzik Malaysia ke peringkat global.

#OhmediaNasihat

Hidup dengan kesederhanaan bukanlah satu kekurangan, malah ia menunjukkan keikhlasan hati seseorang. Jangan terlalu mengejar gelaran, kerana kejayaan sebenar terletak pada usaha dan sumbangan kita kepada masyarakat.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok Ubai MZ


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas