Connect with us

Oh! Media

Sejak 13 Tahun Lepas ‘Perang Dingin’, Neelofa Akhirnya Terdetik Nak Jumpa Fazura 

Untitled Design   1

Oh! Artis

Sejak 13 Tahun Lepas ‘Perang Dingin’, Neelofa Akhirnya Terdetik Nak Jumpa Fazura 

Rasanya ramai dah tahu mengenai ‘perang dingin’ antara dua pelakon dan usahawan, Neelofa dan Fazura sejak 13 tahun lepas masih belum menemui titik noktah.

Terbaru! Menerut satu video temu bual, Neelofa berkata yang dirinya ingin menamatkan apa yang terjadi antara dirinya bersama Fazura.

@ohbulanofficial

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa, 34, berkata dia ingin meletakkan noktah kemelut bersama Fazura yang sudah masuk tahun ke-13 👀 #ohbulan #sembangentertaiment #fyp

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu. Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik.

Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Jika kedua-kedua pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang mengapi-apikan.

Bukan tu jer, Neelofa juga berkata yang dia dan Fazura sudah berkeluarga dan akui sudah penat apabila ada pihak yang mengapi-apikan mereka.

IKLAN

Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami.

Semua benda boleh bawa bincang dan tak perlu biarkan ia berlanjutan. Semoga dipermudahkan buat kedua-dua pelakon dan usahawan itu.

Kredit: Tiktok Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas