Oh! Artis
Sasha Abdul Luah Rasa Syukur Tak Kahwin Dengan Lelaki Melayu, Kalau Tak Jadi Macam Abang Tesla
Oleh
Kalau sekali isu poligami ni dah naik memang susah nak hilang tau. Gara-gara isu Abang Tesla, habis semua nak menyelit dan bersuara. Sekarang ni, Sasha Abdul pula nak bersuara katanya nasib baik tak kahwin lelaki Melayu. Ehh, dah kenapa pula?
Pensohor media sosial dan juga usahawan, Sasha turut memberikan sedikit respon mengenai isu Abang Tesla ni dekat TikTok.
Kisah Abang Tesla buat saya teringat kenapa memilih untuk tidak berkahwin dengan lelaki Melayu. Alhamdulillah saya dapat suami bukan Melayu tapi dia masuk Islam.
Sasha juga berharap dirinya tidak dimadukan suami suatu hari nanti. Meskipun hantaran tersebut hanyalah sekadar gurauan semata-mata, namun lain pula reaksi netizen yang rata-ratanya tidak senang dengan pendapat ibu kepada dua anak itu.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
