
Oh! Artis
Penampilan Daiyan Trisha Dengan Singlet Undang Kecaman Netizen
Daiyan Trisha pakai singlet putih ketika bercuti undang teguran netizen. Daiyan balas dengan tenang.
Pelakon dan penyanyi popular, Daiyan Trisha sekali lagi menjadi sebutan netizen selepas penampilannya ketika bercuti dengan rakan-rakan tular.
Dalam video yang dimuat naik ke akaun TikTok, Daiyan dilihat merakam aktivitinya seharian suntuk bermula dari bangun pagi hingga waktu tidur.
Netizen kata Daiyan Trisha pakai single zaman sekolah
Video itu mengundang pelbagai reaksi termasuklah komen teguran daripada pengguna yang mempertikaikan gaya pemakaian Daiyan.

Tidak berdiam diri, Daiyan dengan tenang membalas komen tersebut dengan satu soalan ringkas tetapi tajam.
Adakah pemikiran anda terus menghukum orang dari segi pemakaian mereka?
Jawapan itu kemudiannya membuka ruang kepada perbincangan panjang, apabila pengguna yang menegur itu menjelaskan bahawa niatnya hanya mahu memberi nasihat sesama Muslim dan berharap Daiyan dapat menerima teguran dengan hati terbuka.
Saya tak sanggup nak biarkan… Allah maha baik, jadi ambiklah peluang selagi bernafas… kita tak tahu tengah enjoy dengan pakaian tak menutup aurat, ambik dalam keadaan begitu, jadi kita mati dalam keadaan macam mana?
Seperti biasa, ruang komen dibanjiri reaksi bercampur. Ada yang menyokong pandangan netizen itu, menganggap teguran wajar atas dasar agama.
Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan hak Daiyan untuk berpakaian mengikut keselesaan diri.
Pssttt! Isu pemakaian artis bukanlah perkara baru dan sering kali jadi bahan perdebatan umum di media sosial, terutamanya apabila ia melibatkan selebriti bertudung atau mempunyai imej Muslimah.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
