Connect with us

Oh! Media

Pemakaian Daiyan Trisha Yang ‘Jarang’ Buat Peminat Rasa Kecewa

Untitled Design   3

Oh! Artis

Pemakaian Daiyan Trisha Yang ‘Jarang’ Buat Peminat Rasa Kecewa

Nama penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha kembali menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik satu video di media sosial miliknya. Dah kenapa tu?

Kalau korang tengok Video itu, Daiyan sedang bersiap-siap untuk menghadiri konsert Dua Lipa Live In Kuala Lumpur.

Pakaian Daiyan Trisha jadi perhatian

Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah konsert itu sendiri, tetapi pemilihan pakaian Daiyan yang dianggap terlalu terdedah. 

IKLAN

Dalam video itu, Daiyan dilihat mengenakan baju yang jarang dan skirt pendek dan ianya telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Netizen luah rasa kecewa

Daiyan Trisha

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa kecewa, tambah lagi apabila Daiyan pernah mengerjakan ibadah umrah sebelum ini. 

Mereka merasakan pemilihan pakaian seperti itu tidak mencerminkan imej seseorang yang pernah melalui pengalaman kerohanian seperti umrah.

Walau bagaimanapun, ada juga yang tampil mempertahankan Daiyan dengan mengatakan pilihan pakaian adalah hak peribadi seseorang dan tidak wajar untuk menghakimi dirinya berdasarkan apa yang dipakai.

#OhmediaNasihat

Pemilihan pakaian memang hal peribadi, tetapi sebagai figura umum, setiap tindakan mudah menjadi perhatian. 

Apa yang kita lakukan, terutamanya di media sosial, boleh mempengaruhi pandangan ramai. Jadi, penting untuk kita seimbangkan antara kebebasan peribadi dan sensitiviti masyarakat. Buat Daiyan dan semua, ambil komen dengan hati terbuka, tetapi jangan lupa jadikan kritikan sebagai peluang untuk refleksi diri.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Daiyan Trisha


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas