Oh! Artis
“Mommy Ni Sampai Sudahlah..” – Netizen Terhibur Dengar Tok Ram Mahu Upah Kalau Izzara Sebut Daddy
Wah makin bahagia ye pasangan selebriti, Datin Alyah dan Datuk Ramli MS selepas kedatangan anak mereka, Nur Izzara.
Tular di TikTok, Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram mencuri perhatian apabila Datin Alyah berkongsi video dia bermain bersama anak mereka.
Menerusi hantaran itu, memaparkan Ramli sedang mengajar Izzara yang baru berusia empat bulan menyebut perkataan Daddy.
Lagi mencuit hati netizen apabila dia menawarkan sejumlah upah buat anaknya jika dia dapat menyebut perkataan itu.
Sebut ‘daddy’, cepat nanti daddy bagi RM100 untuk perkataan ‘dad’ dan RM200 untuk perkataan ‘ddy’. Hihihi, dia gelak.
Sebut cepat, okay baiklah sebut ‘dad’ RM1000, sebut ‘ddy’ RM2000. Oh berusaha ya nak dapatkan RM2000, haha.
Untung Zara sebut daddy ja RM1k, RM2k, Mommy ni sampai sudahlah haaaa?
Hantaran tersebut telah meraih perhatian warganet yang terhibur melihat Tok Ram melayan anaknya.


Terdahulu, pasangan ini mengejutkan peminat mereka apabila berkongsi foto majlis cukur jambul dan Aqiqah Nur Izzara di media sosial.
Tudia… Sebut Daddy je terus dapat duit. Mungkin Izzara tunggu nilai tambah lagi kot baru sebut. Hihi


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM