Oh! Artis
“Dengan Mummy 3 Patah Je Sehari” – Datin Alyah Dedah Sisi Penyayang Tok Ram Dengan Anak
Kalau bercakap pasal Tok Ram je mesti ramai yang tahu dia seorang yang tegas dan serius kalau dalam pekerjaan. Tapi siapa sangka Tok Ram sebenarnya seorang yang penyayang.
BACA : Tok Ram Dan Datin Alyah Buat Majlis Cukur Jambul Untuk Anak Angkat
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh isterinya, Datin Alyah di Instagram, Tok Ram terlihat gembira berbual dengan anaknya.
Datin Alyah juga sempat mengusik Tok Ram mengatakan mereka jarang berbual di rumah, tetapi lain pula bila dengan anak.

Gelagat Tok Ram melayan bayi comel yang diberi nama Nur Izzara itu telah mencuit perhatian netizen. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan netizen di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Tok Ram yang pandai melayan anak kecil.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM