Oh! Artis
Mamat Imbau Kenangan Dulu-Dulu, Shuib Pernah Gaduh Besar Dengan Jep Sampai Nak Bertumbuk
Menerusi satu sesi podcast bersama Shuib, Shuk dan Fizie, pelawak Mamat mengimbau kenangan sewaktu kumpulan Sepah ingin menghadiri uji bakat program lawak.
Difahamkan, Mamat dan Jep merupakan kawan baik sejak dari bangku sekolah. Sementara, Jep mengenali Shuib ketika uji bakat akademi fantasia.

Pada awal kemunculan, kumpulan Sepah bermula dengan uji bakat Sinaran Passport Kegemilangan. Ketika itulah mereka mula-mula mencuba nasib untuk menjadi artis.
Difahamkan, mereka lulus uji bakat tetapi tidak dipanggil disebabkan perkara-perkara tertentu.

Seterusnya, mereka cuba uji bakat Raja Lawak 2 tetapi Shuib tarik diri disebabkan bergaduh besar dengan Jep.
Menerusi sesi podcast itu juga, Shuib mendedahkan dia dan Jep hampir bertumbuk di kedai mamak kerana rasa tidak puas di antara satu sama laim.
Masa Raja Lawak 2 Nabil menang, dorang ni sebenarnya pergi. Aku gaduh besar dengan Jep. Aku cakap dengan dia, “Kau nak jadi artis? Pergi mampus, pergi kau sendiri.
Tidak putus asa, kumpulan ini mahu cuba nasib untuk Raja Lawak 3. Tetapi, ketika itu Jep dan Shuib masih bergaduh besar.
Nasib baiklah ada Mamat yang menjadi orang tengah dan mendamaikan mereka sehingga akhirnya mereka bergelar juara.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Youtube Dol’s Podcast
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM