Connect with us

Oh! Media

“Mak Bapa Kau Kaya, Bolehlah Cakap” – Imran Bard Selar Kenyataan Penyanyi Muda Yang Anggap Sekolah Hanya Buang Masa

Imran Bard

Oh! Artis

“Mak Bapa Kau Kaya, Bolehlah Cakap” – Imran Bard Selar Kenyataan Penyanyi Muda Yang Anggap Sekolah Hanya Buang Masa

Sebelum ini, penyanyi muda, As’ad Motawh mengakui dirinya tidak suka pergi ke sekolah dan merasakan pergi ke sekolah adalah sesuatu yang membazirkan masa.

ADVERTISEMENT

BACA: As’ad Motawh Anggap Pergi Sekolah Hanya Buang Masa Selepas Miliki 300k Pengikut Instagram

Namun, ramai diantara selebriti dan pempengaruh tidak bersetuju dengan kenyataan penyanyi itu termasuklah personaliti TikTok terkenal, Imran Bard.

Menerusi video di TikTok, Imran menyatakan istilah itu tidak pernah wujud dan pemikiran sebegeitu hanya terpakai untuk anak orang kaya yang boleh memilih untuk ‘homeschooling’ atau persekolahan di rumah.

Tak ada istilah sekolah ini membuang masa pada saya. Tak ada! Pergi sekolah! Kalau kau kaya, kau boleh cakap sekolah buang masa. Sebab apa? Sebab kau boleh home school.

Mak bapa kau kaya, boleh bela kau. Kau boleh mewarisi harta mak bapa kau. Masa depan kau cerah.

Sementara itu, Imran juga menegaskan sekurang-kurangnya anak muda perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai tahap minimum pembelajaran.

Kalau kau miskin, tak payah cakap sekolah membuang masa. Kau nak kerja Speedmart pun kena ada SPM. Kalau jadi manusia, SPM pun tak ada.. kau tak ada beza dengan Rohingya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kenapa la masih nak selitkan unsur kurang sopan tu dalam drama? Banyak sangat dah drama macam ni…. OmRasa LayangLayangPerkahwinan syukriyahya alyaiman

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas