Connect with us

Oh! Media

As’ad Motawh Anggap Pergi Sekolah Hanya Buang Masa Selepas Miliki 300k Pengikut Instagram

as'ad motawh

Oh! Artis

As’ad Motawh Anggap Pergi Sekolah Hanya Buang Masa Selepas Miliki 300k Pengikut Instagram

Penyanyi muda, As’ad Motawh menarik perhatian ramai selepas mengakui dirinya tidak suka pergi ke sekolah dan merasakan pergi ke sekolah adalah sesuatu yang membazirkan masa.

ADVERTISEMENT

Kenyataan itu dikatakan Asad dalam satu program podcast bersama influencer Azri Walter dan Yousaf di aplikasi TikTok.

Mereka bertiga ketika itu membincangkan topik persekolahan dan Azri bertanya kepada Asad tentang pandangannya tentang persekolahan.

Apa itu sekolah?

Bagi saya, ketika saya masih muda, Asad rasa macam dari segi semua yang saya lakukan ketika ini, kebanyakan masa yang saya luangkan di sekolah adalah membuang masa sebenarnya.

Secara jujur, benda yang Asad belajar di sekolah dan benda yang Asad buat sekarang, tiada kaitan sangat dengan sekolah.

Asad kemudian memberikan contoh subjek Sains yang dipelajari di sekolah dan sekarang tidak digunakan langsung dalam kerjayanya.

Sistem persekolahan boleh diubah. Kerana kita hidup di dalam dunia moden di mana segalanya sentiasa berubah tetapi sistem persekolahan pula sentiasa sama sejak dari dulu. Anda tahu kan, ianya bergantung kepada apa yang anda mahu buat di dalam hidup anda, dan saya faham, tak semua orang akan berjaya.

Dalam pada itu, Asad turut menceritakan mengapa dia mengambil keputusan untuk berhenti bersekolah dan mula belajar di rumah. Keputusan itu diambilnya selepas memilik lebih 300,000 pengikut di Instagram dan boleh bernyanyi.

Ketika Asad mempertimbangkan berhenti sekolah dan mula belajar di homeschool, sebab Asad sudah membina benda lain. Asad dah ada 300 ribu pengikut di Instagram pada masa itu dan saya tahu cara untuk buat duit daripadanya dengan menyanyi.

Sebab tu, pilihlah sama ada nak meneruskan belajar sepenuh masa atau belajar separuh masa, di rumah buat homeschool, sambil membina karier saya. Jadi saya sudah ada pilihan.

Panjang lagi perkara yang diulas oleh Asad Motawh dan korang boleh lihat dan dengar sendiri dekat bawah ni.

@youusaff

Korang sekolah sampai umur berapa?

♬ original sound – Yousaf – Yousaf

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas