Connect with us

Oh! Media

Leona Lebih Tertarik Dengan Lelaki Botak Dan Berusia, Tak Minat Budak Muda

Ohmedia leona

Oh! Artis

Leona Lebih Tertarik Dengan Lelaki Botak Dan Berusia, Tak Minat Budak Muda

Selebriti media sosial, Kasih Iris Leona mengaku secara terbuka bahawa dia lebih tertarik kepada lelaki berusia dan botak.

Anak kepada pelakon popular Azhar Sulaiman ini berkata, dia kurang berminat dengan lelaki muda kerana merasakan mereka adalah kebudak-budakan.

Leona suka lelaki berusia dan botak

Dia melihat lelaki berusia lebih matang dan kena dengan cita rasanya. Gadis berumur 23 tahun ini sendiri ketawa mengenangkan perkara itu.

IKLAN

Korang, tolong beritahu kenapa jenis lelaki yang saya suka adalah lelaki berusia dan botak. Bila saya tengok lelaki muda, saya tidak tertarik kepada mereka. Saya fikir mereka hanyalah budak-budak. Tetapi tidak lelaki yang lebih tua, saya gila kan?

Meninjau ruangan komen, ramai wanita sebaya dengannya tampil menyokong kenyataan Leona, bahkan ada yang mengakui mereka juga lebih tertarik dengan lelaki botak kerana kelihatan lebih matang dan penuh karisma.

Malah, mereka merasakan ianya tidak salah asalkan lelaki tersebut masih single dan bukan milik orang lain.

@leonathe2nd

Am just joking don’t take it so seriously 😂

♬ original sound – 🦌 – 🦌

Dalam hantaran video lain, Leona memberi bayangan lelaki yang diminatinya 20 tahun lebih tua. Namun, dia menjelaskan itu hanya gurauan dan menasihati orang ramai supaya tidak mengambil serius.

Pssttt! Betul tu, lelaki berusia lebih matang dalam membuat keputusan kan? Semoga Leona bertemu dengan jodoh yang baik.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas