Connect with us

Oh! Media

Leona Lakukan Perkara Ini Senyap-Senyap Tanpa Pengetahuan Azhar Sulaiman

Leona Azhar Sulaiman

Trending

Leona Lakukan Perkara Ini Senyap-Senyap Tanpa Pengetahuan Azhar Sulaiman

Anak kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan dia pernah membuat keputusan besar dalam hidupnya selepas menukar jurusan pengajian tanpa pengetahuan keluarga!

Menurut laporan mStar, Leona berkata yang ibu bapanya sebelum ini mahu dia mengambil jurusan undang-undang.

Nekad tukar jurusan kerana minat sendiri

Leona

Walau bagaimanapun, dia memilih jalan berbeza kerana tidak mahu membazirkan masa dengan sesuatu yang tidak diminati.

IKLAN

Tapi saya secara rahsia memohon jurusan pengurusan kerana tidak mahu melakukan perkara yang saya tidak suka untuk tiga tahun.

Leona tekankan kepentingan pilih bidang mengikut minat

Kasih Iris Leona

Leona turut menitipkan nasihat kepada pelajar di luar sana agar memilih jurusan berdasarkan minat sendiri, bukannya semata-mata memenuhi kehendak ibu bapa.

Pertama sekali pilih jurusan degree mengikut apa yang kamu minat. Kalau masih belum tahu tak mengapa.

Leona juga berkongsi yang dia melakukan ujian personaliti dan berbincang dengan ramai orang untuk mengenal pasti karier paling sesuai buat dirinya.

Pendidikan adalah perjalanan hidup kita, bukan orang lain. Pilihlah dengan hati, supaya apa yang kita pelajari menjadi berkat dan bukan beban sepanjang hayat.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas