Connect with us

Oh! Media

Isteri DDNK Buat Laporan Polis Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu

isteri ddnk

Oh! Artis

Isteri DDNK Buat Laporan Polis Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu

Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris isteri kepada usahawan jutawan, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) menjadi bualan sekali lagi di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Isteri Caprice Pula Baling Bantal, Netizen Syak Farra Inalis Tiru Aksi Isteri DDNK

Kali ini, ada pula individu memfitnah Ernie sebagai individu yang pernah bergambar mesra bersama ahli politik, YB Haji Mohamad Sabu. Gambar ni dulu pernah tersebar dan kecoh di media sosial.

Dapat dari fb juga. Perempuan yang sama ke? Sampai sekarang saya cuba nak bezakan. Macam sama je. – Dakwa individu terbabit.

Sedar dirinya telah difitnah, Ernie memaklumkan telah buat laporan polis dan akan mengeluarkan surat saman ke atas individu terbabit kerana telah memalukan dia dan suami.

Ernie kemudian turut berkongsi permohonan maaf dari dua orang individu yang telah memfitnah dirinya. Kedua-duanya menyatakan mereka telah tersilap dan berkongsi perkara tidak sahih.

Jadikanlah isu ini pengajaran agar tidak buat sebarang tuduhan melampau dan fitnah ke atas orang lain. Jika kita tidak ada benda baik yang ingin dikongsikan, lebih baik diam.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas