Connect with us

Oh! Media

Iman Troye Aliff Syukri

Oh! Artis

“Memang Ada Masalah Dengan Saya” – Iman Troye Dedah Konflik Dengan Aliff Syukri Bukan Gimik!

Penyanyi Iman Troye akhirnya bersuara mengenai isu hangat melibatkan dirinya dan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri.

Rupanya bukan gimik

Menerusi satu video di akaun TikTok, Iman menegaskan bahawa pergaduhan di antara mereka bukan sekadar gimik seperti yang disangka ramai.

IKLAN

Ini bukan gimik, memang Datuk Aliff ada masalah dengan saya.

Lebih mengejutkan, penyanyi itu juga mengakui tidak mahu menarik balik laporan polis yang telah dibuat terhadap usahawan berkenaan.

“Saya tak nak buat lagu dengan dia” – Iman Troye

Iman turut menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk bekerjasama dengan Aliff Syukri selepas melihat cara usahawan itu yang dianggap terlalu yakin dengan dirinya sendiri.

Kalau ikutkan, saya pun tak nak buat lagu dengan dia memandangkan dia rasa diri dia bagus.

Namun sehingga kini, punca sebenar konflik di antara mereka masih menjadi tanda tanya. Netizen pula terus berdebat sama ada isu ini benar-benar serius atau sekadar strategi pemasaran.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia hiburan, bukan semua konflik itu gimik. Tapi, kalau ada masalah, lebih baik diselesaikan dengan cara yang matang daripada membiarkan ia menjadi bahan spekulasi netizen!

Iman Troye Aliff Syukri

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas